Chevron Malaysia Ltd. baharu sahaja melakukan dua perkara penting sebentar tadi – melancarkan minyak pelincir generasi kelima mereka di bawah penjenamaan Caltex Havoline, dan menunjukkan rekaan pembungkusan yang seiring dengan perkembangan ini.

Minyak pelincir baharu ini diterajui siri Havoline ProDS yang terdiri daripada ECO 5 5W-30 dan LE 5W-40. Pelincir sintetik sepenuhnya ini direka khas untuk enjin-enjin moden, dan khusus bagi ECO 5 5W-30, sesuai untuk membantu memberi penjimatan bahan api terbaik. Selain itu ia juga sesuai untuk enjin turbo serta kereta ‘eco’.

Berkenaan pek baharu yang digunakan pelincir-pelincir baharu ini, ia serentak dengan sambutan ke-111 pelincir Chevron. “Chevron Lubricants sudah membekalkan perlindungan kepada enjin selama 111 tahun menerusi minyak pelincir Havoline, dan kami sangat berbesar hati untuk mengembangkan lagi produk dengan pelancaran ini,” kata Asim Ali Khan, pengurus kawasan – kelompok, Chevron Lubricants.

Turut dilancarkan adalah pelincir Havoline Synthetic Blend 10W-40, dan pelincir mineral Havoline Formula 15W-40, Havoline Formula 10W-30 dan Havoline Motor Oil 20W-50.

Selain itu Chevron turut memperkenalkan produk-produk tambahan seperti pelincir transmisi, cecair brek dan klac DOT3 dan pendingin (coolant) untuk sistem radiator.

Sempena dengan perkembangan ini, Chevron Malaysia sedang mengadakan promosi pembelian berganda khas untuk kedua-dua Havoline ProDS. Setiap pembelian pek empat liter ProDS ECO 5 SAE 5W-30 atau ProDS LE SAE 5W-40 akan disertakan sekali dengan sebuah botol 355ml Techron Concentrate Plus* dengan harga RM242.00. Pakej ini boleh dibeli di stesen Caltex terpilih, bengkel Havoline atau kedai bekalan alat ganti bermula Jun 15 sehingga 15 Julai 2015 sementara stok masih ada.

* Techron Concentrate Plus adalah formulasi untuk mencuci bahagian dalam enjin (injektor bahan api, injap dan kebuk pembakaran) daripada kekotoran tertinggal daripada bahan api berkualiti rendah.