KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 bukan sahaja sebagai pengiktirafan peranan wartawan tempatan malah platform untuk memperkukuh ekosistem kewartawanan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata Hawana 2022 yang bakal berlangsung pada 29 Mei di Melaka akan dihadiri wartawan dan pengamal media tempatan selain disertai wakil dari beberapa negara jiran termasuk Indonesia yang membuka ruang untuk pertukaran ilmu serta pengalaman dalam bidang itu.
Menurut Annuar, Hawana juga adalah pengiktirafan tertinggi kepada pengamal media yang amat berperanan penting dalam membantu pembangunan negara bangsa.
"Tugas dan peranan bidang kewartawanan ini amat sinonim dengan membantu pembangunan negara, perjuangan negara dan negara bangsa...kalau kita boleh meraikan banyak profesion lain, adalah tidak wajar kita tidak memberikan pengiktirafan tertinggi kepada wartawan kita.
"Misalnya, Hawana yang boleh dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga hari dengan pengisian merangkumi semua aspek dan elemen dunia kewartawanan yang boleh membangkitkan pemahaman masyarakat yang lebih luas terhadap peranan serta dunia kewartawanan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Pengamal Media di sini hari ini yang turut dihadiri Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.
Majlis bagi meraikan pengamal media dan wartawan turut dihadiri ketua-ketua agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta ketua pengarang organisasi media tempatan.
Hawana 2022 dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob manakala Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) dan Bernama akan menjadi penggerak utama penganjuran Hawana 2022 yang turut melibatkan organisasi, persatuan dan pengamal media yang lain.
Sementara itu, Annuar turut menyarankan agar agensi media tempatan membentuk lebih banyak kerjasama profesional dengan pelbagai agensi berita antarabangsa khususnya negara serantau bagi meningkatkan nilai tambah kepada ekosistem kewartawanan negara.
Beliau berkata kejayaan Bernama memeterai perjanjian kerjasama dengan agensi berita Vietnam adalah pencapaian yang membanggakan selain perlu diperluas dan dicontohi.
"Media kita (tempatan) tak boleh hanya berpandukan sesama sendiri semata-mata...saya mahu lihat lebih ramai wartawanan kita menjalani penempatan dengan media luar supaya kita lihat perkembangan media luar selain bertukar idea, pengalaman dan bahan berita. Kerjasama dengan media luar juga dapat memperdalam lagi ilmu kewartawanan negara. Rangkaian kerjasama seumpama itu perlu dilakukan segera," katanya.
Annuar berkata Bernama misalnya sudah menjalin kerjasama dengan media Indonesia serta Vietnam dan beliau amat berharap lebih banyak kerjasama dengan media dari pelbagai negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022
Menurut Annuar, Hawana juga adalah pengiktirafan tertinggi kepada pengamal media yang amat berperanan penting dalam membantu pembangunan negara bangsa. - Gambar/ Bernama
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
Pusat Kajian Kewartawanan beri manfaat kepada pengamal media, rakyat
Saranan penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia bermanfaat bukan sahaja kepada pengamal media, tetapi rakyat secara keseluruhannya.
Kumpulan Karangkraf penerima Anugerah HAWANA 2022
Kumpulan Karangkraf (Karangkraf) dipilih sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 pada majlis kemuncak sambutan HAWANA di sini hari ini.
HAWANA 2022: Teks penuh lima resolusi Deklarasi Melaka 2022
Profesion ini harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan bagi memastikan aspek integriti dan tadbir urus negara yang terbaik.
HAWANA 2022: "Kerajaan tidak pernah halang media siar sebarang laporan berita" - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bahawa profesion kewartawanan harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan dan campur tangan pihak lain.
HAWANA 2022: Wartawan Malaysia gariskan lima resolusi melalui Deklarasi Melaka 2022
Melalui deklarasi itu, wartawan Malaysia terus junjung kebebasan bersuara dan kebebasan media, pastikan kelangsungan sistem demokrasi
HAWANA 2022: Kementerian tidak akan pandang sebelah mata resolusi wartawan - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Mutimedia sedia mendengar pandangan penggiat media, dan akan memudahcarakan usaha untuk melaksanakan resolusi berkenaan.
HAWANA 2022: PM ucap Selamat Hari Wartawan Nasional
Beliau dijadual merasmikan majlis sambutan HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara', itu petang ini.
HAWANA 2022: Wujud badan induk, angkat suara wartawan - ISWAMI
Langkah itu bagi memastikan suara pengamal media, khusus dalam menyampaikan idea serta cadangan yang bernas, dapat didengari.
HAWANA 2022: Agong zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional
Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi yang diberikan oleh wartawan serta pengamal media.
Pengamal media Malaysia dirai menerusi HAWANA 2022 hari ini
HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara' itu akan dirasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.