awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hayati falsafah Ramadan dengan sebaik-baiknya - Mufti Wilayah Persekutuan

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2023
15:03 MYT
Hayati falsafah Ramadan dengan sebaik-baiknya - Mufti Wilayah Persekutuan
Dr Luqman menjelaskan ibadah puasa ini banyak mengajar tentang nilai-nilai sosial dan etika dalam masyarakat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Falsafah Ramadan antara lain mengajar untuk melihat orang yang kurang berkemampuan dan merasainya dengan ibadat puasa.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah menjelaskan, dengan ibadah puasa itu ia memberi kesedaran dan keinsafan untuk bersama-sama merasai apa yang dirasai orang lain.
Dr Luqman menjelaskan ibadah puasa ini banyak mengajar tentang nilai-nilai sosial dan etika dalam masyarakat.
"Dalam satu hadis, Rasulullah ada menyebut barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka ada dinyatakan ganjaran pahalanya oleh Allah," katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Di bulan Ramadan ini juga, jelas Dr Luqman, ia memberi peluang untuk lebih masa bersama keluarga dan orang yang terdekat.
Momentum ibadah yang dilaksanakan bulan Ramadan boleh dilakukan pada bulan-bulan lain dengan cara ikhlas segalanya kepada Allah.
"Kalau kita melihat falsafah Ramadan itu sendiri untuk mencapai tahap takwa itu, maknanya kita akan dapat mengharungi kehidupan kita di bulan-bulan lain dengan cara sama.
"Kita tetapkan diri sebagai hamba Allah yang bertakwa kepada dalam semua aspek kehidupan dan ini yang boleh kita hasilkan dalam ibadah puasa ini kerana ia mengajar aspek-aspek itu," katanya.
Di bulan Ramadan, umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa di mana ia merupakan satu latihan kerohanian kepada umat Islam untuk menghadapi kehidupan yang banyak mencabar.
Ibadah puasa merupakan saat membersihkan jiwa yang berjelaga, saatnya kembali kepada-Nya dan mensyukuri indahnya kemurahan-Nya.
Ia juga merupakan saat untuk merenungi diri dan meleburkan kekhilafan dengan berpuasa, amalan soleh dan keikhlasan dalam jiwa.
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Ramadan
#Mufti Wilayah Persekutuan
#Dr Luqman Abdullah
#falsafah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan