KUALA LUMPUR: Halal Development Corporation Berhad (HDC) menganjurkan satu sesi meja bulat bertajuk 'Menghubungkan Ekosistem Halal antara Jepun dan Malaysia' di Osaka, Jepun, dengan matlamat memperkukuh perdagangan, pelaburan, dan menyokong peluang pekerjaan berkualiti dalam industri halal antara kedua-dua negara.
HDC dalam kenyataan semalam berkata sesi yang diadakan sempena lawatan kerja tujuh hari Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Jepun itu dihadiri oleh 20 wakil dari syarikat-syarikat terkemuka Jepun.
"Osaka yang terkenal sebagai zon industri kedua terbesar Jepun, muncul sebagai pusat strategik utama bagi usaha kolaboratif ini disebabkan potensinya yang besar kepada pertumbuhan dan pembangunan industri halal.
"Dengan Malaysia dianggap sebagai pemimpin global dalam ekosistem halal, lawatan delegasi ke Osaka menyaksikan usaha gigih bagi memanfaatkan sinergi di antara kedua-dua negara dalam usaha memajukan perdagangan halal, di samping meningkatkan pekerjaan berkualiti dalam industri halal, terutama sebagai persiapan untuk World Expo Osaka 2025," menurut kenyataan itu.
Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun dalam kenyataan itu berkata sesi meja bulat itu berfungsi sebagai platform untuk membina hubungan yang bermakna, menyuntik inovasi, dan membawa perdagangan halal ke tahap yang belum pernah tercapai sebelum ini.
"Pemilihan Osaka sebagai asas penting misi, mencerminkan komitmen kami yang teguh untuk membuka potensi besar industri halal. Kami amat berbangga menyaksikan usaha gigih yang dilaksanakan membuahkan hasil, semasa kami melangkah ke arah kolaborasi dan pertumbuhan," katanya.
Pada Khamis, Malaysia dan Jepun menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkuat perdagangan halal, pelaburan, dan pekerjaan berkualiti dalam sektor berkenaan di negara matahari terbit itu, yang juga bertujuan meningkatkan hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara dalam industri halal.
MoU pertama adalah antara HDC dan AEON Co (M) Berhad, yang bertujuan mempromosikan produk Halal Malaysia di Jepun, manakala MoU kedua adalah antara HDC dan Japan Halal Association (JHA), bertujuan meningkatkan infrastruktur dan pensijilan halal di Jepun.
Majlis menandatangani MoU yang berlangsung di Osaka itu disaksikan oleh Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia, dan Khairul Azwan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
Sesi meja bulat bertajuk 'Menghubungkan Ekosistem Halal antara Jepun dan Malaysia' diadakan sempena lawatan kerja tujuh hari Ahmad Zahid dan dihadiri oleh 20 wakil dari syarikat-syarikat terkemuka Jepun. - Foto Facebook HDC
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
HDC terus usaha kukuhkan kerjasama dengan Jepun bagi inisiatif perdagangan halal
Osaka muncul sebagai pusat strategik utama bagi usaha kolaboratif ini disebabkan potensinya yang besar kepada pembangunan industri halal.
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia, UAE raih kedudukan teratas GIEI 10 tahun berturut-turut
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia dan UAE raih kedudukan teratas Petunjuk Ekonomi Islam Global tahun ke-10 berturut-turut
WHBC 2023 di London catat kemajuan penting dalam industri halal
WHBC 2023 telah berjaya dimuktamadkan, menandakan kemajuan ketara dalam industri Halal dan pengukuhan hubungan antarabangsa.
HDC akan anjur Persidangan Perniagaan Halal Dunia 2023 di London pada Okt depan
Halal Development Corporation Bhd (HDC) akan menganjurkan Persidangan Perniagaan Halal Dunia (WHBC) tahunan ke-15 di London, United Kingdom (UK) pada 27-28 Okt depan.
Eksport produk halal Malaysia dijangka meningkat tahun ini - HDC
Pengeksportan produk halal negara dijangka meningkat sehingga 15 peratus tahun ini berdasarkan prestasi dagangan keseluruhan negara yang mencapai lebih RM3 trilion tahun lepas.
HDC jangka eksport halal melepasi RM42 bilion daripada tahap sebelum pandemik
Pada suku pertama tahun ini, eksport halal meningkat hampir 100 peratus daripada suku yang sama tahun lepas.
Malaysia jadi rujukan utama penyelidikan ekosistem halal dunia - HDC
Penyelidikan ekosistem berkenaan akan dimulakan di Malaysia dan kemudiannya diperluaskan secara berperingkat ke ekosistem halal di negara-negara yang berpotensi.
Golongan B40 di Sarawak dipelawa memohon SRAS
SRAS adalah skim bantuan sewa sebanyak RM200 sebulan selama 36 bulan yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak.
Bank Islam, HDC sedia RM100 juta melalui dana GO Halal, tingkat ekosistem industri halal
Program dana ini tepat pada masanya bagi membantu PKS mengukuhkan perniagaan mereka walaupun menghadapi kesukaran berikutan pandemik COVID-19.
COVID-19: Persidangan Halal Dunia 2020 ditunda ke September
Keputusan dibuat selepas perbincangan teliti bersama pihak berkepentingan termasuk dengan beberapa kementerian dan agensi kerajaan.