awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helah empat lelaki warga asing salah guna pas khas tumpas

Bernama
Bernama
09/04/2025
09:06 MYT
Helah empat lelaki warga asing salah guna pas khas tumpas
Sh Sitti Saleha berkata empat individu itu memasuki Sabah sebagai pelancong dan berdasarkan semakan pas lawatan sosial mereka tamat pada 18 Mac. - Foto Bernama
TAWAU: Empat lelaki warga asing yang menyalahgunakan pas khas diberikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk pulang ke negara asal ditahan dalam serbuan di tapak pembinaan di Jalan Bugaya, Semporna, semalam.

Ringkasan AI
  • Empat lelaki warga asing ditahan kerana menyalahgunakan pas khas untuk bekerja di tapak pembinaan di Semporna, Sabah.
  • Serbuan oleh JIM Sabah turut menahan 88 individu lain atas pelbagai kesalahan seperti tiada dokumen sah dan tinggal lebih masa.
  • JIM Sabah melaksanakan 464 operasi sejak Januari hingga 4 April, menahan 1,440 individu dan mendakwa 37 majikan di mahkamah.

Pengarah JIM Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata empat individu itu memasuki Sabah sebagai pelancong dan berdasarkan semakan pas lawatan sosial mereka tamat pada 18 Mac bagaimanapun sebelum itu mereka menyerah diri bagi tujuan balik ke negara asal.
"Berikutan itu kita bagi 30 hari tempoh pas khas dan sepatutnya meninggalkan Sabah (dalam tempoh itu) namun mereka didapati menyalahgunakan pas terbabit untuk berkerja, dan semasa serbuan pada 8 pagi itu mereka sedang bekerja bagi pembinaan resort.
"Semua pelancong perlu mematuhi tempoh keberadaan di Sabah dan tidak menyalahgunakan pas iaitu bekerja di kawasan tidak sepatutnya. Mereka sepatutnya menjadi pelancong tetapi datang dengan niat bekerja," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sitti Saleha berkata empat lelaki warga China itu antara 88 individu, termasuk warga Pakistan dan Filipina yang ditahan oleh penguat kuasa imigresen ketika operasi dijalankan di sekitar Semporna sejak semalam hingga 4 pagi tadi.
"Selain tapak pembinaan, serbuan juga dilakukan di dua kawasan setinggan di Jalan Bubul Lama serta dua premis individu di Jalan Tagasan di Semporna, kesemua tahanan itu melakukan kesalahan antaranya tidak memiliki dokumen sah, tinggal lebih masa serta menyalahgunakan pas lawatan sosial.
"Dalam serbuan itu terdapat tiga warga Pakistan yang menyalahgunakan pas lawatan sosial, mereka ini tinggal terlalu lama. Ketika serbuan di rumah sewa mereka, kita juga menemukan kain sarung dan kain batik yang masih dalam bungkusan dipercayai untuk dijual," katanya.
Beliau berkata sejak Januari hingga 4 April lepas, JIM Sabah melaksanakan 464 operasi sekali gus menahan 1,440 individu atas pelbagai kesalahan serta 37 majikan turut didakwa di mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki warga asing ditahan
#salah guna pas khas
#Jabatan Imigresen Malaysia
#Semporna
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan