awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi dilaporkan terhempas

Agensi
Agensi
19/05/2024
13:45 MYT
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi dilaporkan terhempas
Presiden Raisi sedang dalam penerbangan pulang daripada satu majlis untuk merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan apabila helikopter dinaikinya itu 'terhempas' ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan pada Ahad. - Gambar Reuters
TEHRAN: Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan terhempas di barat laut Iran pada Ahad.
Presiden Raisi sedang dalam penerbangan pulang daripada satu majlis untuk merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan apabila helikopter dinaikinya itu terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan pada Ahad.
Helikopter itu turut dilaporkan membawa Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian.
Menteri Dalam Negeri berkata anggota penyelamat masih berusaha untuk sampai ke lokasi disebabkan keadaan cuaca kurang baik.
Keadaan mereka yang berada di dalam helikopter itu masih tidak diketahui buat masa ini, dengan laporan penumpang di dalam helikopter masih tidak dapat dihubungi lagi.
Dalam masa sama, menurut seorang wartawan dengan agensi berita Fars, kabus tebal menyukarkan pencarian di lokasi.
Beliau berkata jarak penglihatan di kawasan pergunungan dan berhutan itu menurun kepada kira-kira lima meter sahaja yang mana lokasi terletak kira-kira 50km ke utara Tabriz.
Ahli Parlimen Iran bandar Tabriz, Ahmad Alirezabeigi memberitahu wartawan di Tehran bahawa pekerja penyelamat masih belum menemui lokasi helikopter yang membawa Presiden dan Menteri luar itu.
Helikopter yang membawa presiden itu dilaporkan terhempas berhampiran dengan lombong tembaga Sungun.
Lokasi terletak di antara Jofa dan Varzaqan di wilayah Azerbaijan Timur Iran dan kira-kira antara 70km (43 batu) hingga 100km (62 batu) dari bandar Tabriz, salah satu bandar terbesar di Iran dan juga menjadi destinasi tujuan Presiden Iran dan Menteri Luar.
Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan mereka telah mengarahkan 40 pasukan berasingan ke lokasi berkenaan.
Setakat ini pasukan tiba di kawasan itu, namun tidak ke tempat di mana helikopter itu baharu terhempas disebabkan keadaan cuaca yang teruk.
Topic Berkaitan
#penerbangan pulang
#WIlayah Varzaqan
#helikopter
#empangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan