awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks

Bernama
Bernama
09/02/2026
07:15 MYT
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
NetBlocks memaklumkan yang gangguan berlaku ketika berlangsungnya Super Bowl, perlawanan akhir Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) Amerika Syarikat. - Gambar hiasan
MOSCOW: Media sosial X sedang mengalami gangguan besar, menurut perkhidmatan pemantauan Internet antarabangsa NetBlocks, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Platform media sosial X (dahulunya Twitter) kini mengalami gangguan di peringkat antarabangsa," menurut perkhidmatan itu.
NetBlocks memaklumkan yang gangguan berlaku ketika berlangsungnya Super Bowl, perlawanan akhir Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) Amerika Syarikat. Dilaporkan juga bahawa gangguan itu tidak berkaitan dengan gangguan Internet di sesebuah negara tertentu atau disebabkan oleh rangkaian sosial tersebut disekat di mana-mana negara khusus.
X Corp ialah sebuah syarikat Amerika yang diasaskan oleh Elon Musk bagi memperoleh Twitter Inc. Penjenamaan semula kemudiannya dilakukan dengan logo dan nama Twitter ditukar kepada X.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengguna X
#Gangguan Perkhidmatan
#NetBlocks
#Twitter
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan