awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah di Malaysia: Kes Najib tidak dijadikan pengajaran – Mohd Annuar
Pasaran saham Indonesia kembali beroperasi, indeks utama kekal tidak menentu
KPN, KPM perkukuh Taska dan Tabika Perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter JBPM mula digunakan, kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi terkawal

Bernama
Bernama
28/01/2026
09:30 MYT
Helikopter JBPM mula digunakan, kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi terkawal
Helikopter milik JBPM Subang Jaya berjaya melaksanakan 21 kali pengeboman air, membabitkan 33,000 liter air, dalam misi memadam kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi hari ini. - Foto Bernama
KOTA TINGGI: Teknik pengeboman air menggunakan helikopter MI-17 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang bermula tengah hari tadi membantu mengurangkan kepulan asap akibat kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai di sini.
Timbalan Pengarah JBPM Johor Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Muhammad Al Mustakim Abdul Hady berkata ini sekali gus memberi kesan positif kepada penduduk sekitar dan mengurangkan risiko asap tebal merebak ke luar kawasan.
"Operasi pemadaman dijalankan secara bersepadu, termasuk pembinaan fire break dengan longkang telah dialirkan dengan air dan pembanjiran bagi menghalang api daripada merebak ke kawasan lain, sambil memantau pergerakan asap," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba (PKB) Operasi Pemadaman Kebakaran Tanah Gambut di sini hari ini.
Muhammad Al Mustakim berkata setakat ini, tiga lokasi kebakaran turut dikenal pasti di Pengerang dengan dua daripadanya telah berjaya dipadamkan, manakala satu lagi masih dalam proses pemadaman.
 Kawasan kebakaran tanah gambut hampir 100 hektar di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang, yang dirakam dari udara ketika tinjauan bersama Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), hari ini. - Foto Bernama
Kawasan kebakaran tanah gambut hampir 100 hektar di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang, yang dirakam dari udara ketika tinjauan bersama Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), hari ini. - Foto Bernama
Sementara itu, beliau berkata pihaknya sedang melakukan tindakan terbaik dalam perkara ini termasuk bagi memastikan asap kebakaran tidak sampai menjejaskan negara jiran, sekali gus mengelakkan sebarang isu diplomatik.
"Daripada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri semalam, kita difahamkan asap belum sampai ruang udara Singapura," katanya.
Semalam, media Singapura melaporkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang memantau keadaan jerebu secara rapi selepas bau pembakaran dikesan di beberapa kawasan di Singapura baru-baru ini.
Dalam perkembangan berkaitan, setakat 12 tengah hari, sejumlah 153 penduduk daripada 50 keluarga di Taman Bayu Damai telah ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan susulan kebakaran sejak Jumaat lepas.
Setakat 12 tengah hari ini, kira-kira 54.8 peratus kawasan kebakaran berjaya dipadamkan, dan penggunaan aset udara dijangka meningkatkan kadar pemadaman khususnya di kawasan tengah.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#kebakaran tanah gambut
#helikopter JBPM
#Kota Tinggi
#kepulan asap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan