Skip to main content

Malaysia

Gadis ayu alam maya 'Cik Era' bantu 2,476 orang berhenti merokok

PUTRAJAYA, 15 Mac -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menunjukkan bahan promosi pada pelancaran Cik Era, pembantu pintar berasaskan AI di portal JomQuit KKM, hari ini. Inisiatif itu bertujuan membantu perokok memulakan langkah pertama untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Cik Era ChatBot kini diperkasa melalui Cik Era AI yang diintegrasikan dalam portal JomQuit sebagai peneman alam maya. - Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Seramai 2,476 klien berjaya berhenti merokok selepas menggunakan khidmat Cik Era ChatBot bagi tempoh kohort Januari hingga Jun 2025.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Cik Era ChatBot yang dilancarkan pada Oktober 2024 merupakan inisiatif digital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement

Ia bertujuan membantu orang ramai mendapatkan sokongan dan panduan untuk berhenti merokok secara lebih mudah dan konsisten.

"Platform itu kini diperkasa melalui Cik Era AI yang diintegrasikan dalam portal JomQuit sebagai peneman alam maya.

"Ia boleh diakses 24 jam sehari bagi memberi galakan, maklumat dan panduan kepada individu yang ingin berhenti merokok," ujar Dzulkefly.

Antara khidmat ditawarkan Cik Era AI adalah menilai tahap ketagihan nikotin melalui ujian tertentu, memberi pelan berhenti merokok yang sesuai, memberi motivasi dan sokongan sepanjang masa serta mencadangkan klinik atau program JomQuit berhampiran.

Dalam masa sama, KKM turut melancarkan program 'Kembara Beraya Bersama Cik Era' sempena sambutan Aidilfitri bagi menggalakkan perokok menjadikan Syawal sebagai titik permulaan kepada azam baharu untuk berhenti merokok.

“Jadikan Aidilfitri ini bukan sahaja kemenangan selepas Ramadan, tetapi juga kemenangan meninggalkan rokok untuk selama-lamanya,” katanya.  

Tambah beliau, usaha tersebut turut disokong pelbagai rakan strategik daripada sektor kesihatan, industri serta rangkaian peruncitan bagi memperluaskan promosi dan kesedaran.

Must Watch Video