awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hendak tipu polis, akhirnya perangkap diri

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/04/2020
04:00 MYT
Hendak tipu polis, akhirnya perangkap diri
Polis yang curiga dengan alasan lelaki berusia 22 tahun itu bertindak mengekorinya. - Gambar hiasan.
Cubaan seorang lelaki menipu polis kononnya diarahkan majikan untuk pergi ke kedai telefon bimbit di Kuala Sungai di sini kerana premis itu disamun malam tadi, gagal apabila dia didapati bekerja di sebuah kedai judi dalam talian.
Polis yang curiga dengan alasan lelaki berusia 22 tahun itu ketika ditahan untuk pemeriksaan dalam Op COVID-19 bertindak mengekorinya.
Sebaik tiba, polis mendapati premis yang didakwa sebagai kedai telefon adalah kedai judi dalam talian dan selepas siasatan dia mengaku bekerja di situ.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, suspek kemudian ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam operasi yang sama di Jalan Seberang Putra - Jalan Sungai Baru, dua beradik perempuan berusia 15 dan 22 tahun ditahan kerana keluar tanpa alasan kukuh pada jam 9.45 malam.
"Ketika ditahan, mereka memberi alasan dalam perjalanan untuk pulang selepas mengunjungi rumah rakan di Mergong," katanya.
Dalam pemeriksaan mengejut di kawasan itu juga, polis menahan empat lelaki berusia 20 hingga 50-an kerana ingkar PKP.
Beliau berkata, operasi yang bermula dari jam 9.30 sehingga 11.30 malam itu disertai dua pegawai dan 16 anggota selain empat anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Balai Polis Alor Setar.
Kesemua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan 3(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#COVID-19
#judi
#Mohd Rozi Jidin
#PKP
#polis
#tipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan