awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan
Lembaga Keamanan Gaza di bawah AS tawar keahlian tetap dengan bayaran AS$1 bilion
Angka korban nahas tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol meningkat kepada 21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henti budaya beri amaran kepada guru yang kritik di media sosial - Fadhlina

Bernama
Bernama
27/01/2023
09:46 MYT
Henti budaya beri amaran kepada guru yang kritik di media sosial - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mahukan supaya budaya memberikan amaran terhadap guru yang mengkritik di media sosial, dihentikan segera. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mahukan supaya budaya memberikan amaran terhadap guru yang mengkritik di media sosial, dihentikan segera.
Menurutnya, beliau telah dimaklumkan bahawa guru pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Hasmadi Hamdan telah diberikan amaran oleh pegawai, kerana mengkritik di media sosial.
"Guru pendidikan khas adalah barisan hadapan saya dalam membangun konsep madani dalam pendidikan khas. Kebimbangan beliau adalah kebimbangan saya.
"Ruang kritikan konstruktif penting sebagai proses semak dan imbang mengikut saluran, adab berbeza pandangan yang sentiasa meletakkan kepentingan serta kebajikan murid-murid, para guru dan tonggak profesionalisme yang memandu penjawat awam," katanya dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Fadhlina berkata, pendekatan administratif yang baik hanya boleh dicapai, apabila wujud ketelusan di peringkat bilik darjah, sekolah dan pejabat pendidikan.
Menerusi hantaran itu, Fadhlina turut berkongsi mesej terbuka Hasmadi kepada Menteri Pendidikan yang dimuat naik di media sosial guru berkenaan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru kritik
#budaya beri amaran
#Fadhlina Sidek
#konsep madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan