Penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat di Kelantan, diminta menghentikan kegiatan tersebut kerana perbuatan itu salah dari segi undang-udang dan boleh dikenakan tindakan saman.
Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata, mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Kaedah 10A LN 166/59, yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 jika sabit kesalahan.
"Tindakan penjaja seperti itu sebenarnya mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya, selain terhadap diri mereka sendiri.
"Mereka yang menjaja dan juga pembeli, menggunakan cara itu boleh dikenakan tindakan undang-undang, mengikut peruntukan sedia ada termasuk disaman," katanya kepada Bernama selepas Latihan Gemparan Am Kebakaran Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Abdullah berkata, pihaknya akan melakukan operasi secara berkala, tetapi berterusan supaya penjaja akan mematuhi arahan diberikan dan undang-undang.
Difahamkan, pada Julai tahun lalu enam penjaja berusia antara 19 dan 20 tahun ditahan di Jalan Kuala Krai dan Jalan Pengkalan Chepa dekat sini, dan telah dikenakan saman.
Tindakan tegas pihak polis itu kemudiannya dilihat berjaya menghentikan buat sementara perbuatan menjaja seperti itu, namun kini muncul kembali dan dilihat semakin berleluasa dengan pelbagai jenis jualan makanan ringan seperti burger, bebola daging, jeruk buah-buahan dan pelbagai jenis minuman.
Sementara itu, Abdullah berkata, Latihan Gemparan Am Kebakaran yang dilaksanakan di IPK Kelantan hari ini, adalah bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran lebih 400 anggota di situ mengenai kebakaran.
Jelasnya dalam latihan ini sekiranya berlaku kebakaran semua anggota dan staf perlu menggunakan tangga dan jangan menggunakan lif untuk keluar daripada bangunan. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 26 2019
Penjaja di Kelantan yang masih menjual di persimpangan lampu isyarat boleh dikenakan tindakan undang-undang. - Gambar hiasan SINAR HARIAN
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Situasi banjir di enam negeri beransur pulih, jumlah mangsa di PPS berkurangan
Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berkurangan berbanding malam tadi.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY
Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan.
Banjir di tujuh negeri beransur pulih petang ini
Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.
Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 82,059 orang, 322 PPS masih beroperasi di 7 negeri
Ia penurunan sebanyak 3,663 mangsa berbanding 85,722 orang yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari.
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.
Banjir: Lebih 200 pencawang elektrik dihentikan bekalan di Kelantan
Sebanyak 230 pencawang elektrik di Kelantan membabitkan lapan jajahan dihentikan bekalan susulan banjir, setakat 6 petang tadi.