Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong menyeru pemimpin politik supaya menghentikan permainan politik dan sebaliknya memberi fokus terhadap isu negara, terutama dalam menghadapi cabaran politik dan ekonomi global semasa.
Beliau berkata para pemimpin politik negara ini juga seharusnya berkongsi idea tentang cara untuk menyelesaikan isu rakyat di peringkat lapangan dan mengetepikan perbezaan politik yang wujud antara sesama mereka.
"Dunia sedang menghadapi keadaan tidak menentu, tindakan United Kingdom untuk keluar daripada Kesatuan Eropah mengejutkan pasaran global.
“Hanya melalui kerjasama antara kita (rakyat Malaysia), barulah kita dapat mengatasi sebarang cabaran dalam tempoh yang tidak menentu ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Koperasi Rakyat Berhad, di sini semalam.
Mah, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata walaupun Malaysia menghadapi masa depan yang rumit, beliau yakin progrm transformasi kerajaan akan berjaya mengharungi tempoh mencabar itu.
Katanya, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini menunjukkan rakyat tetap yakin dengan kepimpinan sedia ada untuk membawa perubahan kepada negara.
"Mereka yang ditemui semasa pilihan raya kecil itu memberitahu saya bahawa mereka sudah jemu dengan mainan politik yang tidak berkesudahan dan sebaliknya lebih berminat untuk bercakap tentang isu yang mereka hadapi.
"Langkah yang perlu diambil ialah mengadakan perbincangan untuk mencari penyelesaian bagi masalah kita dan itulah yang akan menjadi fokus kami mulai sekarang," katanya.
Diminta mengulas tentang kemungkinan rombakan Kabinet dilakukan minggu depan, Mah berkata perkara itu merupakan prerogatif perdana menteri, maka terpulanglah kepada beliau untuk menentukan siapa yang patut kekal atau mengucapkan selamat tinggal.
"Kami tidak bincang pun perkara itu pada mesyuarat Kabinet atau mesyuarat parti komponen BN. Terserahlah kepada beliau (PM) untuk membuat keputusan, kita tunggulah sampai minggu depan," katanya.
Bernama
Sun Jun 26 2016
MAH: Para pemimpin politik negara ini juga seharusnya berkongsi idea tentang cara untuk menyelesaikan isu rakyat di peringkat lapangan dan mengetepikan perbezaan politik yang wujud antara sesama mereka. - Foto Fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Gerakan minta PH berhenti bersikap seperti pembangkang
Datuk Seri Mah Siew Keong berkata landskap politik telah berubah selepas PRU14 yang menyaksikan rakyat lebih mengetahui dan sensitif akan hak mereka.
Mah Siew Keong masih Presiden Gerakan yang sah
Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini menjelaskan beliau masih presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang sah sehingga pemilihan parti itu pada 17 Nov nanti.
Kesatuan Eropah perlu haramkan mentega, bukan minyak sawit - Mah
Pelepasan karbon dioksida (Co2) bagi tujuan penghasilan mentega adalah 10 kali lebih tinggi berbanding minyak sawit.
Gerakan hadapi PRU14 dengan lebih yakin - Mah
Semangat dan keyakinan Gerakan kian meningkat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong.
Thaipusam perlu dijadikan cuti umum di seluruh negara - Mah
Thaipusam yang merupakan cuti umum di negeri tertentu dan Wilayah Persekutuan di Malaysia perlu diwartakan sebagai cuti umum di seluruh negara.
Mah Siew Keong ketuai misi ekonomi, teknikal ke Iran dan India
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong akan mengetuai Misi Ekonomi dan Teknikal Mengenai Minyak Sawit, Produk Kayu dan Getah ke Iran dan India mulai 5 hingga 9 Februari
TPPA: Industri sawit kecewa dengan keputusan Trump
Malaysia kehilangan potensi besar dalam pasaran eksport sawit ke negara-negara yang menganggotai negara tersebut.
Gerakan sedia tukar empat kerusi untuk hadapi PRU
Gerakan bersedia menukar empat kerusi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain untuk pilihan raya umum ke-14, kata Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong.
Letupan Bangkok: Kerajaan sumbang RM10,000 kepada keluarga mangsa korban
Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap anggota keluarga mangsa yang maut dalam insiden letupan bom di Bangkok pada Isnin lepas.
Sambut krismas dalam suasana harmoni, rasa hormat - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Malaysia supaya sekali lagi bersatu atas semangat keharmonian, penerimaan dan rasa hormat untuk menyambut Krismas esok.