awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Henti niaga di jalanan atau berdepan tindakan kompaun" - Polis Kemaman

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
08/07/2021
21:35 MYT
"Henti niaga di jalanan atau berdepan tindakan kompaun" - Polis Kemaman
Superintendan Hanyan Ramlan (kanan) menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada peniaga terbabit (tengah) sempena Operasi Bantu (Op Bantu). - Astro AWANI
KEMAMAN: Henti jalankan aktiviti perniagaan di jalanan atau bakal berdepan dengan tindakan kompaun.
Itu peringatan tegas daripada Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan kepada peniaga yang menjalankan aktiviti tersebut.
Jelasnya, pada Ahad lalu seorang peniaga rojak telah dikompaun sebanyak RM2,000 selepas menjalankan perniagaan di sebuah persimpangan lampu isyarat di Kampung Kemasek.
Beliau berkata, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya orang ramai hendak berniaga di kaki lima jalan asalkan tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Bagaimanapun, tindakan peniaga tersebut secara terang-terangan telah melanggar peraturan jalan raya dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan sepanjang fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Kita minta dia meniaga di tepi jalan agar dia boleh berniaga, kita bantu dia, Alhamdulillah dengan Bersatu Kemaman, melihat kesungguhan kita untuk membantu masyarakat, Bersatu Kemaman telah berjaya memberikan peralatan untuk memulakan perniagaan,” katanya.
Menurut Hanyan, perniagaan jalanan itu bukan sahaja melanggar peraturan malahan ia boleh mendatangkan bahaya kepada peniaga dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Hanyan berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada peniaga terbabit sempena Operasi Bantu (Op Bantu).
Menerusi lawatan tersebut, peniaga berkenaan turut menerima bantuan sebuah khemah dan beberapa peralatan lain bagi membolehkannya menjalankan perniagaan di kaki lima jalan.
Topic Berkaitan
#kompaun
#perniagaan
#jalan
#SOP
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan