PERSATUAN Kebajikan Nelayan Bayan Lepas Pulau Pinang menggesa pihak pembangkang supaya tidak mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung Projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI).
Setiausahanya, Fajinah Jaafar berkata, ini kerana projek berkenaan sekali lagi mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) selepas penelitian dilakukan oleh pegawai-pegawai agensi terlibat.
“Sesungguhnya, kebenaran sentiasa berpihak kepada mereka yang benar. Sudah bertahun-tahun kami menunggu projek ini berjalan walaupun ditempuhi pelbagai dugaan.
"Namun akhirnya dapat tidur dengan lena apabila mendengar pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow semalam (Rabu).
“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar dan pihak kerajaan negeri yang serius dalam mempertimbangkan serta mementingkan kebajikan nelayan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu, Fajinah turut menyangkal dakwaan Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) menyatakan bahawa 6,000 ahli persatuan membantah projek berkenaan kerana sehingga hari ini, mereka tidak mampu menunjukkan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.
“Sebagai rakyat Pulau Pinang, kami berhak menyuarakan pendapat kami dan memilih yang terbaik untuk anak-anak dan cucu-cicit kerana percaya mereka bakal menerima manfaat dan peluang pekerjaan daripada projek ini,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 28 2023
Projek Pulau Selatan Pulau Pinang. - Foto Sinar Harian
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Henti pertikai projek tambak laut di Pulau Pinang
Projek berkenaan mendapat kelulusan EIA selepas penelitian dilakukan oleh pegawai-pegawai agensi terlibat.
SAM gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat JAS
JAS pusat juga diminta untuk menjelaskan alasan dan sebab mengapa Laporan EIA projek tambakan laut tersebut telah diluluskan.
Projek PSI tidak akan musnahkan mata pencarian nelayan - PIC
PIC berkata kerja-kerja penambakan yang dicadangkan tidak akan menghalang nelayan daripada turun ke laut.