Skip to main content

Dunia

Trump isytihar Pejabat Oval di Rumah Putih monumen negara

Trump ketika menandatangani perintah eksekutif berkenaan di White House pada Khamis. - Foto Reuters
Trump ketika menandatangani perintah eksekutif berkenaan di White House pada Khamis. - Foto Reuters

Ringkasan AI

  • Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan Pejabat Oval di Rumah Putih sebagai mercu tanda negara pada Khamis.
  • Langkah ini bertujuan melindungi Pejabat Oval dan Bilik Kabinet daripada sebarang pengubahsuaian pada masa hadapan.
  • Deklarasi tersebut masih memerlukan pengesahan Kongres Amerika Syarikat sebelum dikuatkuasakan sepenuhnya.
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan  pada Khamis Pejabat Oval di Rumah Putih sebagai mercu tanda negara, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Langkah itu bertujuan melindungi Pejabat Oval dan Bilik Kabinet daripada sebarang pengubahsuaian pada masa hadapan, kata Trump ketika menandatangani perintah eksekutif berkenaan di White House.

"Ia akan memastikan tiada pihak yang boleh merosakkan ruang yang luar biasa ini," katanya.

Advertisement

"Ruang ini merupakan simbol negara kita serta keagungan negara kita," tambah Trump.

"Tiada sesiapa yang akan dibenarkan menyentuh, memusnahkan atau merobohkannya atas kehendak individu yang berniat cetek semata-mata untuk membina sesuatu dengan bentuk yang sedikit berbeza."

Advertisement

Deklarasi berkenaan bagaimanapun masih perlu disahkan oleh Kongres AS.

Pejabat Oval merupakan antara ruang paling dikenali di negara itu dan berfungsi sebagai pejabat kerja utama presiden AS selama hampir satu abad, menurut Rumah Putih.

Sejak menyandang jawatan presiden, Trump telah menyadur ruang berkenaan secara meluas dengan pelbagai perhiasan bersalut emas serta menghiasi dindingnya dengan potret berbingkai.

--BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement