KUALA LUMPUR:Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar menghentikan segera sebarang usaha untuk bersaing ahli di antara satu sama lain jika mahu meneruskan kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan itu tidak dapat memberi jaminan kerjasama kedua parti berkenaan akan kekal sekiranya perkara sedemikian masih berlaku.
"Ketika suasana hubungan UMNO-Bersatu di akar umbi semakin panas dan getir lantaran perebutan dan ‘kecurian’ ahli yang semakin menjadi-jadi, Setiausaha Agong Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak wajar menambah lagi minyak ke dalam api yang sedang membara.
"Sejak beberapa bulan ini, banyak sekali aduan dan keresahan dalam kalangan ahli dan pimpinan UMNO akar umbi seluruh negara yang mendakwa Bersatu galak 'mencuri' dan 'membeli' ahli UMNO.
"Ada yang mengaku bahawa setiap yang menyertai Bersatu dibayar sehingga RM100, setiap cawangan yang ditubuh diperuntukkan RM3,000 hingga RM5,000," dakwa Asyraf dalam kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu, Asyraf berkata kenyataan pimpinan tertinggi Bersatu adalah tidak wajar, malah mempertahankan kemasukan ahli UMNO ke dalam Bersatu atas dasar ‘keterbukaan’ di bawah satu bumbung PN hanya akan menyebabkan hubungan kedua-dua parti itu makin meruncing dan membarah.
"Fenomena ‘curi’ dan ‘beli’ ahli UMNO jika diteruskan sebegini akan mengesahkan segala persepsi dan dakwaan selama ini bahawa matlamat Bersatu ditubuhkan dan gabungan besar PN diwujudkan hanyalah untuk melemahkan dan menggantikan UMNO.
"Seharusnya dalam suasana permuafakatan kerajaan yang terbentuk, dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari titik-titik persefahaman dan merungkai segala bentuk perbezaan termasuk menghentikan sebarang usaha melemahkan antara satu sama lain demi agenda penyatuan lebih besar," katanya.
Fauzi Suhaimi
Sat Jan 02 2021
Asyraf berkata tindakan itu tidak dapat memberi jaminan kerjasama kedua parti berkenaan akan kekal, sekiranya perkara sedemikian masih berlaku. -Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Henti segera 'curi', 'beli' ahli UMNO jika mahu terus bekerjasama - Asyraf Wajdi
Asyraf berkata tindakan itu tidak dapat memberi jaminan kerjasama kedua parti berkenaan akan kekal sekiranya perkara sedemikian masih berlaku.