Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap isu berhala berkalung bunga yang diletak di Surau Taman Pendamar Indah, Klang.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu melalui Rukun Tetangga akan memberikan kerjasama kepada pihak polis dan Jawatan Kuasa Surau dalam memastikan keselamatan kawasan kediaman terjamin.
“Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bersama Jawatankuasa Surau dan Pengerusi kawasan Rukun Tetangga akan mengadakan perbincangan bagi memastikan isu itu ditangani dengan aman.
BACA: 'Mujur surau berkunci, kalau tak, mungkin patung diletak dalam surau'
Jabatan Perpaduan Negara juga mengesahkan laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.
Justeru, ia memohon orang ramai untuk menunggu siasatan penuh pihak berkuasa dan tidak membuat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.
Pada Rabu, penduduk Taman Pendamar Indah gempar apabila menjumpai satu patung berhala diletakkan di pintu utama di Surau Sabilul Huda.
Difahamkan, patung yang turut dikalungi bunga itu diletakkan individu tidak bertanggungjawab di antara jam 2.30 dan 4 petang sebelum disedari siak surau yang bertugas untuk membuat persiapan solat Asar.
Najib Aroff
Fri Feb 22 2019

Pada Rabu, penduduk Taman Pendamar Indah, gempar apabila menemui sebuah patung berhala diletakkan di pintu utama di Surau Sabilul Huda. - Foto Sinar Harian

Akibat dendam, bekas pegawai polis dedah anggota terlibat jenayah terancang
Seorang bekas pegawai polis ditahan kerana dipercayai menjadi dalang memuat naik senarai nama anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa terlibat pelbagai sindiket jenayah terancang

Lawan Arus | Wanita parah disahkan meninggal dunia
Seorang wanita yang parah selepas terlibat dalam kemalangan dirempuh pemandu yang melawan arus di Kilometer(KM) 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam Rabu lalu dilaporkan meninggal dunia.

10 Berita Pilihan - (17 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

7 pelajar Maktab Mahmud Baling disahkan positif COVID-19
Seramai tujuh pelajar Maktab Mahmud Baling, Kedah merangkumi enam pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar tingkatan satu disahkan positif COVID-19, pada Sabtu.

AADK Jom Raya | AADK Kuala Pilah bawa kanak-kanak beli baju raya
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun berkata, usaha itu bagi menyemarak kemeriahan suasana dan sambutan Aidilfitri dalam kalangan mereka.

Vaksin COVID-19 | Anwar Ibrahim terus tekan kerajaan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali menggesa rakyat supaya mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

Pengampunan | Junta tentera bebaskan 23,000 tahanan
Junta Myanmar mengampuni dan membebaskan lebih dari 23,000 tahanan sempena cuti tahun baru. Bagaimanapun, ia tidak jelas jika pengampunan itu termasuk aktivis pro-demokrasi yang ditahan selepas kudeta pada Februari.

Putera Philip | Pemimpin Malaysia rakam ucapan takziah
Istiadat pemakaman Duke of Edinburgh, Putera Philip menjadi tumpuan dunia dengan ramai pemimpin pelbagai negara mengucapkan takziah. Pemimpin Malaysia termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sama menzahirkan ucapan takziah buat keluarga diraja itu.

AWANI Ringkas: Putera Philip selamat dimakamkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 April 2021.

Lelaki ditahan curi 82 patung berhala
Suspek yang bekerja sebagai mekanik mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah dan dua rekod jenayah lain.

Bot terbalik: Mayat wanita dijumpai dekat Pulau Berhala
Mayat wanita terbabit dibawa ke jeti APMM sebelum dihantar ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk tindakan lanjut.

Tangkap segera pelaku letakkan berhala di surau - Mujahid
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menggesa pihak polis mengambil tindakan dalam kadar segera berhubung penemuan dua tokong berhala dalam masa empat hari di Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Klang.

Muhyiddin arah KPN siasat secara terperinci kes penemuan berhala di surau
Muhyiddin berkata tindakan tegas berasaskan undang-undang perlu diambil terhadap pihak berkenaan.

Henti spekulasi isu berhala di surau - Jabatan Perpaduan
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bersama Jawatankuasa Suarau dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga akan mengadakan perbincangan bagi memastikan isu itu ditangani dengan aman.

'Mujur surau berkunci, kalau tak, mungkin patung diletak dalam surau'
Difahamkan, patung yang turut dikalungi bunga itu diletakkan antara jam 2.30 dan 4 petang sebelum disedari siak yang datang ke surau itu untuk membuat persiapan solat Asar.

ISMA desak pihak bina berhala Haji dan Hajah diambil tindakan
Pembinaan berhala Haji dan Hajah itu juga jelas mencabar kesabaran umat Islam dan merupakan satu bentuk provokasi berterusan.