DAHULUNYA, perbuatan membuli ‘tradisional’ berlaku dalam bentuk fizikal sehingga mencederakan mangsa namun kini perbuatan membuli alaf baharu lebih tertumpu kepada bentuk pembulian menerusi siber seperti media sosial sehingga mendatangkan kesan yang buruk terhadap individu yang dibuli.
Perlu difahami bahawa tindakan buli siber bukan sahaja melibatkan penggunaan perkataan kesat, makian, kecaman dan cemuhan terhadap mangsa malah juga melibatkan tindakan-tindakan lain seperti sengaja mewujudkan dan menyebarkan fitnah berkaitan mangsa, menyamar dengan identiti palsu dalam media sosial semata-mata untuk menjatuhkan maruah mangsa, dan menyebarkan perkara-perkara privasi seperti gambar dan video mangsa tanpa kebenaran dengan tujuan buruk seperti memalukan mangsa.
Buli siber dalam media sosial ini kesannya lebih buruk dari buli tradisional kerana sifat media sosial itu sendiri yang tanpa batasan dan pantas untuk tersebar. Bayangkan, satu video berkenaan mangsa yang dibuli menerusi media sosial misalnya boleh dikecam oleh mana-mana individu dari mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sahaja.
Antara kesan-kesan negatif buli siber terhadap mangsa termasuklah seperti menjatuhkan imej dan reputasi, menjejaskan kesihatan mental, mengancam keselamatan dan sebagainya.
Kesan buli siber menerusi media sosial yang berleluasa ini juga dikatakan mampu mempengaruhi tindakan drastik mangsa seperti tindakan mengasingkan diri dan lebih parah lagi tindakan bunuh diri akibat tekanan melampau dan rasa malu.
Misalnya pada tahun lalu, akhbar tempatan di Malaysia pernah melaporkan kisah tragik dan dukacita mengenai seorang mangsa buli siber yang telah membunuh diri akibat video tiktoknya bersama rakan sekerja menerima kecaman dan cemuhan teruk dalam media sosial.
Kejadian seperti ini telah mewujudkan satu terma hibrid yang dinamakan sebagai “bullycide” iaitu tindakan mangsa khususnya golongan muda yang membunuh diri akibat daripada kesan buli siber.
Perkara yang membimbangkan adalah kebanyakan mereka yang terlibat dalam tingkah laku buli siber dalam media sosial adalah juga dalam kalangan golongan muda itu sendiri.
Harus diketahui, buli siber ini sebenarnya adalah perkara yang amat serius dan bercanggah dengan prinsip asas hak asasi seseorang manusia untuk hidup secara bebas dan bermaruah.
Pencabulan hak terhadap seseorang manusia itu berlaku apabila pembuli sewenang-wenangnya menghentam dan memalukan individu lain dalam media sosial sehingga mencalarkan maruah mangsa.
Malah, aktiviti siber buli juga amat bercanggah dengan pencapaian matlamat pembangunan lestari (SDGs) 2030 yang jelas menolak keganasan dan mempromosikan kehidupan yang harmoni dan sejahtera.
Contoh kes buli siber terkini adalah melibatkan seorang penyanyi di Malaysia yang juga boleh disifatkan sebagai buli siber kerana dihentam netizen hanya kerana kesilapan beliau dalam menyanyi di sebuah pentas besar muzik.
Ironinya, mereka yang terlibat dalam aktiviti buli siber dalam media sosial ini sama ada berkongsikan terus atau turut sama menghentam dalam ruangan komen ini sering menggunakan label “bergurau” atau “suka-suka”.
Perkara inilah yang perlu diubah dalam mentaliti dan budaya pemikiran masyarakat bahawa istilah gurauan itu tidak terpakai jika ia boleh mendatangkan kemudaratan ke atas orang lain.
Dengan erti kata yang mudah, pengguna media sosial perlulah membuat refleksi diri sebelum sewenang-wenangnya menghentam orang lain. Bayangkan jika perkara yang sama berlaku pada diri sendiri, ahli keluarga atau sahabat terdekat kita? Adakah kita boleh menerima gurauan oleh pembuli ini?
Dalam usaha membanteras masalah buli siber ini, komunikasi dan pendidikan boleh menjadi alat yang penting dalam kalangan masyarakat.
Misalnya, informasi tentang bahaya buli siber dan kesannya terhadap mangsa dan keluarga mereka perlulah dikomunikasikan kepada masyarakat dengan lebih kerap menerusi program seperti kempen agar kesedaran dapat ditingkatkan.
Lebih penting lagi, informasi tentang bantuan kaunseling dan pihak yang boleh dirujuk sekiranya seseorang menjadi mangsa buli siber juga perlu dikomunikasi dari semasa ke semasa. Ianya juga dapat membantu keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang menjadi mangsa buli siber.
Komunikasi antara personal antara ahli keluarga dan rakan terdekat bersama mangsa juga amat penting terutamanya dalam mendengar masalah mangsa dan memberikan sokongan moral kepada mereka bagi mendepani situasi buli siber yang berlaku kerana isu siber buli ini tidak seharusnya ditangani secara individu.
Masalah buli siber yang dihadapi mangsa akan menjadi semakin serius sekiranya mereka menghadapinya secara bersendirian tanpa sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan.
Hakikatnya, kewujudan media sosial dan teknologi sebenarnya membawa banyak kebaikan khususnya memudahkan interaksi dan komunikasi maya antara manusia tanpa batasan geografi. Namun, ianya boleh disalahgunakan seperti tindakan buli siber ini. Justeru, jadilah pengguna media sosial dan teknologi yang bijak dan memanfaatkannya ke arah yang positif!
* Penulis ialah Dr. Mohamad Saifudin Mohamad Saleh, Pengerusi Rancangan Prasiswazah, Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia
** Artikel ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Astro Awani
Sun Apr 11 2021
Buli siber ini sebenarnya adalah perkara yang amat serius dan bercanggah dengan prinsip asas hak asasi seseorang manusia untuk hidup secara bebas dan bermaruah. - Gambar hiasan
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
KKD terbuka wujudkan akta khusus untuk buli siber - Teo Nie Ching
Ketika ini kes buli siber adalah satu jenayah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia dan Seksyen 233 Akta SKMM 1998.
Bunuh diri akibat buli siber, kejayaan program Rakan Muda antara isu dikupas Dewan Rakyat
Persoalan berhubung langkah mencegah penyalahgunaan media sosial hingga adanya kes bunuh diri diajukan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
'Gambar saya pun kena kutuk' - Amitabh Bachchan mengaku pernah jadi mangsa buli siber
Karyawan seni Bollywood ini berkata akan sangat berhati-hati menulis atau mahu mengemas kini platform media sosialnya.
TikToker meninggal dunia selepas dipercayai terima komen negatif netizen
Menerusi kenyataan pihak berkuasa, TikToker berkenaan dikejarkan ke hospital dipercayai selepas cuba membunuh diri.
Jepun lulus RUU hukuman penjara untuk buli dalam talian
Pindaan itu akan berkuat kuasa 20 hari selepas ia diisytiharkan.
Kerajaan gubal undang-undang khusus tangani buli siber - Cybersecurity
Dengan adanya undang-undang khusus tersebut, proses pendakwaan berkaitan buli siber tidak lagi perlu berpandukan akta-akta lain.
Kesedaran buli siber sewaktu pandemik pastikan kesihatan mental, emosi terjaga
Mengajar adab dalam talian merupakan langkah penting untuk memastikan pelajar-pelajar mengetahui etika untuk bertindak ketika berinteraksi dalam talian.
Hentikan buli siber dalam media sosial
Buli siber dalam media sosial ini kesannya lebih buruk dari buli tradisional kerana sifat media sosial itu sendiri yang tanpa batasan dan pantas untuk tersebar.
Tindakan kecam, ketawakan guru sains DidikTV perbuatan buli siber - Saifuddin Abdullah
Tindakan sebahagian warganet mengecam dan mentertawakan, penyampaian seorang guru sains semasa mengajar dalam bahasa Inggeris di saluran DidikTV, merupakan satu perbuatan buli siber.
Penyokong Jokowi kecam Najwa Shihab, dakwa lakukan buli siber ke atas menteri
Ternyata insiden itu tidak digemari penyokong kepada Jokowi yang menamakan diri mereka Relawan Jokowi Bersatu, menyatakan mereka terluka dengan tindakan Najwa itu.