awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK pertimbang larangan media sosial untuk kanak-kanak seperti Australia
Kasut sekolah kitar semula ungguli minggu ke-7 Innovathon 3
AR Rahman mohon maaf selepas kenyataan ‘bias komuniti’ cetus kritikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan jualan lemang periuk kera - Maya Karin

Bernama
Bernama
31/05/2019
20:13 MYT
Hentikan jualan lemang periuk kera - Maya Karin
Maya Karin menggesa peniaga makanan menghentikan penjualan lemang periuk kera kerana spesies tumbuhan yang berbentuk seperti karung digunakan untuk hidangan itu semakin pupus. - Foto fail
Duta ikon River of Life (ROL), Maya Karin menggesa peniaga makanan menghentikan penjualan lemang periuk kera kerana spesies tumbuhan yang berbentuk seperti karung digunakan untuk hidangan itu semakin pupus kerana permintaan tinggi semasa musim perayaan Aidilfitri.
Aktres popular dan aktivis alam sekitar itu menyatakan kekecewaan terhadap isu itu dan menasihatkan peniaga supaya lebih inovasi dalam menyediakan juadah tanpa menggunakan daun berbentuk seakan-akan cangkir itu untuk mengekalkan kelestarian dan ekosistem hutan.
“Saya minta jangan ikut trend ini sebab periuk kera itu sangat susah nak dijumpa dan hanya ada di hutan. Banyak khazanah dalam hutan ini, bukan hanya bunga tapi ubat-ubat yang pengkaji boleh jumpa pada masa akan datang tapi kita dah tebang dan musnahkan.
“Ini pesanan kepada peniaga, saya harap sangat mereka berhenti…tapi mungkin kita kena cipta periuk kera tiruan, kalau nak sangat penampilan yang cantik,” katanya selepas menghadiri Kempen Ramadan Hijau di bazar Ramadan Kampung Baru, di sini pada Jumaat.
Terdahulu, Maya Karin mengedarkan 2,500 bag mesra alam ‘Aku Tak Nak Plastik’ yang mengandungi bekas makanan kepada pengunjung bazar Ramadan itu sebelum berbuka puasa di Halaman Warisan.
Kempen tersebut dianjurkan oleh EcoKnights dengan kerjasama Program Komuniti ROL bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pengurangan penggunaan plastik dalam kehidupan harian.
Kempen tersebut diadakan mulai 10 hingga 24 Mei lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#lemang periuk kera
#Maya Karin
#river of life
#ROL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan