awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HEP Bakun memainkan peranan penting dalam mitigasi banjir

Bernama
Bernama
07/09/2020
21:30 MYT
HEP Bakun memainkan peranan penting dalam mitigasi banjir
Operasi pelepasan air secara terkawal dari kawasan HEP Bakun sebelum ini dilakukan pada 9 Ogos dan tamat pada 22 Ogos. --fotoBERNAMA
Loji Hidroelektrik (HEP) Bakun memainkan peranan penting dalam mitigasi banjir dari hilir Sungai Rejang dengan mengseimbangkan kawasan tadahan air di hulu dan paras air di hilir, terutamanya semasa musim hujan lebat.
Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam kenyataan pada Isnin berkata sejak HEP Bakun siap, banjir dan impaknya di kawasan hilir telah dapat dikurangkan berikutan empangan itu mampu menampung sejumlah besar air hujan sepanjang tahun.
Katanya kejadian banjir yang berlaku ketika ini yang telah menjejaskan kawasan hilir termasuk Kanowit dan Sibu disebabkan oleh gabungan hujan lebat luar musim dan air pasang besar dan bukannya disebabkan pelepasan air berjadual dari HEP Bakun seperti dispekulasi.
Operasi pelepasan air secara terkawal dari kawasan HEP Bakun sebelum ini dilakukan pada 9 Ogos dan tamat pada 22 Ogos.
Sejak itu, tiada operasi pelepasan air secara terkawal dari HEP Bakun kecuali bagi penjanaan pelepasan biasa.
Menurut kenyataan itu, SEB mempunyai pasukan khas yang memantau paras air di kawasan tadadan dan hilir sungai setiap hari dan akan memberikan nasihat jika terdapat keperluan bagi pelepasan air secara terkawal selepas merundingi dan mendapat kebenaran daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#Bakun
#banjir
#empangan
#HEP Bakun
#hilir
#hujan
#hulu
#Kanowit
#kawasan tadahan air
#loji air
#Loji Hidroelektrik
#mitigasi
#paras air
#pasukan khas
#pelepasan air berjadual
#Sarawak
#Sarawak Energy Berhad
#Sibu
#Sungai
#Sungai Rejang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan