Penerbitan Katolik The Herald akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang melarangnya daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Bahasa Melayunya.
Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew berkata rayuan akan dibuat pada masa yang terdekat.
Andrew turut berkata dia kecewa dengan keputusan tersebut.
"Kami tidak boleh faham bagaimana masyarakat Kristian dibenarkan untuk menggunakan, mengimport dan mengedar perkataan itu secara meluas selepas penyelesaian 10 mata kerajaan untuk tujuan ibadah, tetapi turut dilarang daripada menggunakan perkataan itu di atas dasar ianya hanya boleh digunakan oleh masyarakat Islam," katanya semasa ditemui di Mahkamah Rayuan selepas keputusan dibuat.
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan, The Herald tidak dibenar menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam edisi bahasa Melayunya.
Andrew berkata dalam tempoh 18 tahun yang lepas, The Herald tidak pernah menimbulkan kesulitan.
"Keputusan ini tidak realistik kerana kalimah Allah digunakan sekian lama oleh jemaah gereja yang menggunakan bahasa Malaysia, terutamanya di Sabah dan Sarawak.
"Kami tidak patah semangat. Kami percaya kepada tuhan dan keadilan," katanya.
Keputusan dibuat oleh tiga panel yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali; Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Dalam penghakimannya, Mohamed Apandi berkata mahkamah berpuas hati bahawa bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menjadi plaintif dalam kes ini, telah mempertimbangkan bahan yang mencukupi dalam melaksanakan fungsi dan kuasa berkanun di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Oleh itu, tidak ada sebab yang munasabah bagi Mahkamah Tinggi untuk campur tangan dengan keputusan Menteri ," katanya , apabila mengetepikan semua perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mohamed Apandi juga berkata penggunaan kalimah ‘Allah’ bukanlah merupakan sebahagian daripada kepercayaan atau amalan agama Kristian.
“Justeru itu, mahkamah tidak melihat alasan kenapa responden (The Herald) begitu berkeras untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan mereka.
“Penggunaan tersebut, sekiranya dibenarkan, akan mewujudkan kekeliruan di kalangan masyarakat,” katanya ketika membacakan ringkasan keputusan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 memutuskan The Herald boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya kerana kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tidak memberi kuasa kepada kerajaan untuk menyekat penggunaan kalimah tersebut.
Ia juga berpendapat kalimah Allah bukan milik eksklusif umat Islam dan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan selagi ia tidak digunakan untuk berdakwah kepada umat Islam.
Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan kemudian merayu keputusan tersebut.
T K Letchumy Tamboo
Mon Oct 14 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.
Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya
Sistem pendidikan Islam memerlukan pendekatan baharu untuk disesuaikan dengan realiti semasa.