awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Dua insiden tembakan: Polis perkukuh kawalan, keselamatan di ibu negara terkawal - KPN
DUNIA
Bekas Presiden Argentina jalani hukuman penjara 6 tahun bawah tahanan rumah
DUNIA
Bekas Senator AS mulakan hukuman penjara 11 tahun kerana jadi ejen, rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GADGETS

Facebook jenamakan semula tab video sebagai Reels

Amanz
Amanz
18/06/2025
04:30 MYT
Facebook jenamakan semula tab video sebagai Reels
Perubahan ini bertujuan memudahkan pengguna mengurus kandungan video dengan satu saluran muat naik yang seragam. -Amanz
META mengumumkan beberapa perubahan berkenaan bagaimana video akan diuruskan pada platform mereka.

Ringkasan AI
  • Meta akan menjenamakan semula tab Video di Facebook kepada tab Reels, dan semua video yang dimuat naik akan dikategorikan sebagai Reels tanpa mengira format atau durasi.
  • Perubahan ini bertujuan memudahkan pengguna mengurus kandungan video dengan satu saluran muat naik yang seragam.
  • Langkah ini selari dengan algoritma Reels yang lebih berkesan dalam penemuan kandungan dan menarik masa tontonan yang lebih tinggi, dan akan diperkenalkan secara berperingkat dalam bulan akan datang.

Memulakannya, Facebook akan menjenamakan semula tab Video sedia ada pada aplikasi dan web mereka, sebagai tab Reels.
Selari dengan perubahan ini juga, semua muat naik video akan dikategorikan sebagai Reels – tanpa mengehadkan kepada format video, durasi video dan lain-lain.
Dengan langkah ini juga, pengguna tidak perlu pening lagi berkenaan perlu memuat naik ke bahagian mana, dan menguruskannya dengan hanya satu muat naik mudah.
Langkah ini dilihat diambil selari dengan algoritma Reels yang lebih baik untuk penemuan kandungan, dan juga masa yang diluangkan ramai melalui Reels adalah lebih lama dan tinggi.
Perubahan ini dijangka diperkenalkan secara berperingkat dalam bulan akan datang. -Amanz
Topic Berkaitan
#Facebook
#Meta
#Reels
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami