KUALA LUMPUR : Seekor anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diberi nama 'Blake' terpaksa ditidurkan pada jam 4.38 petang Isnin selepas dikesan menghidapi barah limfoma.
JBPM dalam kenyataannya memaklumkan, anjing pengesan dari baka English Springer Spaniel itu sebelum ini didapati menghidap barah itu pada tahap empat, 15 Ogos lalu.
Susulan itu, Blake sekali lagi dimasukkan ke wad anjing kesayangan di Fakulti Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 September 2023 selepas didapati hilang selera makan dan kelesuan.
"Sepanjang berada di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, anjing ini gagal memberi respon kepada ubat dan rawatan yang telah diberikan oleh pihak veterinar, malah barah limfoma yang dikesan pada anjing tersebut juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan semakin membesar.
"Hasil perbincangan bersama Pakar Veterinar, Dr. Nur Alimah Rahman dari Fakulti Veterinar, UPM, pihak Jabatan telah bersetuju dengan keputusan untuk menidurkan anjing pengesan Blake kerana kesihatannya yang merosot secara mendadak, tiada harapan dipulihkan serta mengelakkan anjing ini menderita dari kesakitan selain mengambil kira kebajikan anjing tersebut," kata JBPM dalam kenyataan hari ini.
Blake yang telah berkhidmat bersama JBPM selama enam tahun telah banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan JBPM di seluruh negara.
Antaranya melibatkan tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lalu, mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Kampung Kenangan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di titi Hayun, Yan Kedan serta operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.
Diatas peranan penting yang dimainkan oleh 'Blake' sepanjang berkhidmat, anjing unit K9 ini pernah menerima pingat 'Golden Performance' dalam operasi SAR mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali pada 16 Disember lalu.
JPBM dalam pada itu mengenang segala jasa yang disumbang oleh Blake dan akan sentiasa menghargai khidmat bakti hero negara ini.
Nickyson Nyambar
Tue Sep 19 2023

'Blake' yang telah berkhidmat selama enam tahun di bawah unit K9 ini pernah menerima pingat 'Golden Performance' diatas peranan yang dimainkannya semasa operasi SAR mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali Disember lalu. - Gambar JBPM

UK tuan rumah kepada delegasi ASEAN untuk bengkel serantau biologi kejuruteraan
Bengkel itu menyediakan platform penting untuk menyelaraskan peraturan, piawaian teknikal dan inovasi antara UK dan ASEAN.
Bazar perayaan lain di KL guna konsep bazar Ramadan, Aidilfitri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengesahkan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur, termasuk Bazar Deepavali dan Bazar Tahun Baharu Cina akan datang.
Peniaga petai dapat ganti rugi & lesen sementara
Peniaga petai yang tular didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa, telah menerima ganti rugi.
Polis kesan pemandu Ford Ranger langgar lari di Ampang
Polis sedang menyiasat satu insiden kemalangan yang tular di media sosial melibatkan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger kelabu yang didakwa terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Pandan 1 menghala ke MRR2.
Polis mohon bantuan kesan Nur Aidil Fitri
Polis mohon bantuan kesan seorang remaja lelaki, Nur Aidil Fitri Arasy Helmi, berusia 17 tahun, dilaporkan hilang di Bandar Sri Damansara Khamis lalu.

Pentadbiran Trump panik selepas dokumen pembunuhan JFK dedah data peribadi
Daripada 64,000 halaman yang didedahkan oleh Arkib Negara, ratusan daripadanya mengandungi maklumat peribadi tanpa disunting.
Jumlah mangsa di Johor dan Sarawak bertambah, Sabah semakin baik
Portal InfoBencanaJKM memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat pagi ini
Lapangan terbang Heathrow kembali operasi selepas kebakaran
Lapangan Terbang Heathrow sambung semula operasi pada Jumaat.
Hamas kaji gencatan senjata dicadang A.S
Hamas sedang kaji cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat, pada Jumaat.
A.S salahkan Hamas peperangan kembali meletus di Gaza
Amerika Syarikat menyalahkan Hamas atas kematian terkini di Gaza susulan kegagalan mencapai persetujuan gencatan senjata yang dikemukakan Washington kepada Majlis Keselamatan PBB.

Polis Chile latih anjing kenal pasti pesakit COVID-19
Pihak berkuasa melatih anjing untuk mengesan jangkitan menerusi peluh dan bau badan manusia yang dijangkiti virus itu pada peringkat awal.