KUALA LUMPUR: Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah, Terengganu serta Perak terus menunjukkan peningkatan namun masih terkawal.
Di SABAH, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Rose Nani Mudin memaklumkan setakat 16 Mei lepas, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan 2,654 kes penyakit HFMD, peningkatan yang tinggi berbanding 55 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata lima daerah yang melaporkan kes tertinggi ialah Tawau (435), Sandakan (387), Lahad Datu (308), Kota Belud (244) dan Papar (229).
"Sebanyak 93.1 peratus kes adalah kanak-kanak yang berumur kurang daripada enam tahun. Transmisi jangkitan majoritinya berlaku di rumah persendirian atau pusat pendidikan awal," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Dr Rose Nani berkata tiada kematian disebabkan HFMD dilaporkan setakat ini dan meminta pengusaha pusat jagaan kanak-kanak atau tadika untuk melaksanakan tindakan bagi mengelakkan penularan wabak itu di premis masing-masing.
Di TERENGGANU, jumlah kes wabak itu dalam kalangan kanak-kanak terus mencatatkan peningkatan dengan 1,182 kes direkodkan dari awal tahun ini hingga Selasa lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Kasemani Embong berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan 10 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 103 kes namun penularan HFMD masih terkawal kerana tidak melibatkan jangkitan serius dalam kalangan pesakit.
Di PERAK, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata kerajaan negeri akan menutup premis berkaitan jagaan kanak-kanak apabila mendapat nasihat atau arahan Kementerian Kesihatan jika kes jangkitan di negeri itu terus meningkat.
"Di Perak, kalau kes meningkat sampai ke tahap yang teruk, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan menutup tadika, taska dan pusat asuhan. Setakat ini, masih belum ada arahan untuk tutup," katanya dalam sidang media selepas sambutan Hari Biodiversiti Antarabangsa Peringkat Negeri Perak 2022.
Sebanyak 2,638 kes HFMD direkodkan di negeri itu setakat Selasa lepas.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes penyakit HFMD di Malaysia meningkat pada kadar membimbangkan iaitu sebanyak 15 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas dengan 31,661 kes dilaporkan.
Dr Noor Hisham berkata 7,526 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 berakhir pada 14 Mei yang menunjukkan peningkatan sebanyak 349 peratus berbanding ME sebelumnya dengan hanya 1,676 kes di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
Tiada kematian disebabkan HFMD dilaporkan setakat ini dan pengusaha pusat jagaan kanak-kanak atau tadika diminta untuk melaksanakan tindakan bagi mengelakkan penularan wabak. - Gambar hiasan/ Reuters
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
HFMD: Tiga negeri catat peningkatan kes
Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah, Terengganu serta Perak terus menunjukkan peningkatan namun masih terkawal.