Kondominium Highland Towers yang terbiar sejak lebih 25 tahun lepas akan dirobohkan selewat-lewatnya pada Jun ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata Jawatankuasa Pembangunan Semula Highland Towers telah menyiapkan laporan kajian struktur kondominium itu dan akan memutuskan agensi yang akan menjalankan kerja-kerja perobohan tersebut, sama ada Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
"Agensi sedang dalam perbincangan, sama ada kedua-duanya terlibat atau antara MPAJ dan JKR, dari segi teknikal yang akan menjalankan tugas ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia 2019 peringkat kementerian, di sini hari ini.
Zuraida berkata pihak pemaju Highland Towers juga telah menyuarakan hasrat untuk menyalurkan dana berjumlah RM2 juta bagi membiayai kerja perobohan tersebut.
Zuraida sebelum ini dilaporkan berkata Highland Towers akan dirobohkan pada Oktober 2018.
Bagaimanapun, ia terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan Jawatankuasa Pembangunan Semula Highland Towers yang diPengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Mohammad Mantek, menjalankan kajian struktur bangunan tersebut dengan kerjasama JKR.
Pada Ogos 2018, Zuraida mencadangkan Highland Towers dibangunkan semula sebagai lokasi taman rekreasi.
Cadangan itu dibuat memandangkan struktur tanah di kawasan terbabit tidak sesuai untuk pembinaan perumahan.
Pada 11 Dis 1993, satu daripada tiga blok Kondominium Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dalam tragedi yang meragut nyawa 48 orang.
Bernama
Fri Mar 08 2019

Kondominium Highland Towers yang terbiar lebih 25 tahun akan dirobohkan selewat-lewatnya Jun ini. -Twitter @GambarKlasik
Spotify buang 1,600 pekerja
Syarikat penstriman muzik antarabangsa, Spotify, akan memberhentikan satu perlima pekerja di peringkat perniagaan membabitkan 1,600 jawatan, lapor agensi berita Jerman, DPA.
Bekas Menteri Pertahanan meninggal dunia
Bekas Menteri Pertahanan, Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, hari ini.
Penghormatan terakhir Chua Jui Meng diadakan dua hari
Upacara penghormatan terakhir mendiang Datuk Dr Chua Jui Meng akan diadakan selama dua hari bermula esok di Full Gospel Assembly di Kuala Lumpur.

Maldives peroleh jaminan India tarik balik tentera
Kerajaan Maldives berkata pihaknya memperoleh jaminan daripada India mengenai penarikan balik tentera India dari negara itu seperti yang dikehendaki oleh rakyat Maldives.

Penghormatan terakhir bekas Menteri Kesihatan diadakan dua hari
Upacara penghormatan terakhir mendiang Datuk Dr Chua Jui Meng akan diadakan selama dua hari bermula esok di Full Gospel Assembly di sini.

Jenazah Abang Abu Bakar selamat dikebumikan di Kuching
Jenazah bekas Menteri Pertahanan Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bahagian Kuching pukul 6.30 petang tadi.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.6550/6600 berbanding dolar AS daripada 4.6710/6760 ketika ditutup pada Jumaat.

Bursa Malaysia ditutup rendah, jejaki bursa serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.37 peratus atau 5.36 mata kepada 1,451.02 daripada 1,456.38 semasa ditutup pada Jumaat.
Semua pelajar di Kelantan boleh menjalani SPM
JPN Kelantan mengesahklan semua pelajar SPM boleh menjalani peperiksaan walaupun berlaku banjir.
Israel lancar serang darat besar-besaran
Rejim Zionis terus agresif melakukan serangan terhadap Gaza, sejurus tempoh gencatan senjata tamat.
Serangan darat secara besar-besaran yang kononnya ingin menyasarkan pejuang Hamas, sebaliknya menjadikan orang awam sebagai korban.
Serangan darat secara besar-besaran yang kononnya ingin menyasarkan pejuang Hamas, sebaliknya menjadikan orang awam sebagai korban.

India akan jadi negara maju dalam tempoh 25 tahun - Narendra Modi
India akan menjadi pusat pembangunan "berpaksikan manusia" berdasarkan harapan dan aspirasi rakyat.

Konsert 'Rossa 25 Shining Years' 27 Mei ini
Tahun ini, genap 25 tahun penyanyi terkenal dari Indonesia, Datuk Seri Rossa berada dalam industri nyanyian.

JubliSiti25: "Jangan berhenti merendah diri" - Pesan Siti Nurhaliza buat artis baharu
Hari ini genap 25 tahun penglibatan Siti Nurhaliza sebagai anak seni.

Highland Towers dirobohkan selewat-lewatnya Jun ini - Zuraida
Pihak pemaju Highland Towers juga telah menyuarakan hasrat untuk menyalurkan dana berjumlah RM2 juta bagi membiayai kerja perobohan tersebut.

Tun Mahathir alu-alukan tubuh RCI, siasat kerugian BNM
Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat kerugian besar dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada tahun 1991 yang telah membawa BNM ke tahap muflis.

Siasat adakah Bank Negara muflis pada tahun 1991? - AzwanBro
Pemuda UMNO mengambil serius pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Ahmad Murad mengenai kerugian dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada 1991 yang membawa BNM ke tahap muflis.

Kerugian akibat 'forex': Ia berlaku 25 tahun lepas - Bank Negara
Bank pusat tersebut menegaskan ia kini semakin kukuh, telus dan bertanggungjawab.