KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas untuk mengadakan himpunan solidariti bagi membantah tindakan penghinaan Islam dilakukan ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan sebagai agak terlewat.
Ia berikutan katanya, kerajaan telah membuat kenyataan tegas berhubung tindakan itu.
"Jika Pas mahu (bertindak) mengikut cara mereka, mereka boleh lakukannnya. Namun, kita di pihak kerajaan telah melakukan (tindakan) sewajarnya. Kami telah memanggil pihak kedutaan dan memberikan suatu penjelasan dan kenyataan kerajaan sangat kuat.
"Pas agak terlewat (bertindak) namun ia bukan satu masalah kepada kita," katanya kepada media selepas melancarkan buku himpunan esei " Knowledge, Tradition and Civilization: Essays In Honour of Professor Osman Bakar" di International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), UIAM Kampus Kuala Lumpur di sini pada Khamis.
Bagaimanapun kata Perdana Menteri, cadangan mengadakan himpunan solidariti itu terserah kepada Pas untuk menyatakan pendirian mereka.
"Itu protes Pas. Kita ada hak untuk melakukannya. Namun, mereka perlu memahami mengenai isu susulan protes berkenaan dan mereka perlu menyatakan pendirian mereka," ujarnya.
Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya berkata, himpunan solidariti dianjurkan parti itu akan bermula di Menara Berkembar (KLCC) sebelum berarak ke Kedutaan Sweden, esok.
Rahimah Abdullah
Thu Jan 26 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas hadir pada pelancaran Buku Himpunan Esei 'Knowledge,Tradition and Civilization: Essays In Honour of Professor Osman Bakar' hari ini. - Foto BERNAMA

Kira-kira 5,000 pekerja sektor awam sertai mogok
Ribuan pekerja sektor awam termasuk kakitangan hospital menyertai mogok di Brandenburg Gate pada Sabtu bagi mendesak kenaikan gaji.

Kamala tiba di Ghana, mulakan lawatan seminggu di Afrika
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris tiba di Accra, Ghana pada Ahad sekali gus memulakan lawatan seminggunya ke benua Afrika yang pastinya akan menarik perhatian umum memandangkan beliau naib presiden wanita kulit hitam pertama Amerika Syarikat melawat benua itu.

Do Kwon ditahan selepas enam bulan larikan diri
Pengasas syarikat mata wang kripto, Terraform Labs iaitu Do Kwon akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa Montenegro pada Sabtu selepas notis merah dikeluarkan oleh Interpol pada Oktober tahun lalu.

Tiada pakatan ketenteran antara Rusia dan China
Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan tiada sebarang pakatan ketenteraan antara Rusia dan China.

Pelakon Jonathan Majors ditahan atas dakwaan serangan
Bintang filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Jonathan Majors ditahan polis pada Selasa atas dakwaan keganasan rumah tangga. Dia ditahan di bandar New York kerana didakwa menyerang seorang wanita berusia 30 tahun di sebuah kejiranan di Chelsea, Manhattan

Pelajar 14 tahun muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda di Kelantan
Seorang pelajar berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda setakat ini di Kelantan. Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustaman, atau lebih dikenali sebagai Piya, membayar zakat perniagaan sebanyak RM10 ribu bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Khamis lepas.

Bekalan ayam mencukupi hingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara dijangka mencukupi sehingga Hari Raya Aidilfitri berdasarkan data diperoleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kanak-kanak lelaki cedera di kepala tersepit lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini. Kejadian berlaku di sebuah lif pangsapuri Blok C PPR Hicom Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26 Shah Alam pada jam 7.30 petang tadi.

MOFA teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Kementerian Luar sedang meneliti cadangan membuka semula beberapa Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara bergolak sebelum ini akibat perang yang berlaku.Menurut Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, satu pasukan telah diwujudkan bagi meneliti semua aspek keperluan pembukaan semula kedutaan itu sebelum keputusan dibuat.

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Lawatan PM Anwar ke Kemboja eratkan hubungan, bincang kepentingan dua hala- Zambry
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi sulungnya ke Kemboja pada 27 Mac ini atas undangan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

Fahami matlamat lawatan PM ke Arab Saudi - Mohd Sany
Terdapat dua matlamat yang rakyat harapkan ketika pemimpin negara mengadakan lawatan ke luar negara iaitu pelaburan dan membina hubungan baik.

Lawatan ke Arab Saudi: Tiada pertemuan PM Anwar dengan pemimpin tertinggi bukan isu
Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi disifatkan berjaya kerana ia mengeratkan hubungan diplomatik dan menambah baik hubungan perdagangan.

Lawatan PM ke Arab Saudi: Apa isunya yang dikecohkan? - Mohammad Agus
Berikut adalah kenyataan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff yang berkongsikan pandangan berhubung lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini.

Memanfaatkan Visi 2030 Arab Saudi, buka peluang baharu hubungan erat Malaysia-Saudi
Kebanyakan dasar yang diputuskan di dalam OIC dipengaruhi oleh Arab Saudi dan ibu pejabat OIC terletak di Riyadh.

PMO diminta beri penjelasan pencapaian lawatan Anwar di Arab Saudi
Apa yang menjadi kepentingan adalah penjelasan mengenai pencapaian yang terhasil daripada lawatan bersejarah tersebut.

Jadual PM padat, Kerajaan Arab Saudi minta lanjut lawatan namun terpaksa ditolak
Jadual Perdana Menteri sangat padat dan tersusun di mana Anwar mengadakan pertemuan dengan OIC dan badan Liga Muslim Dunia di Mekah.

Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama PM, Jemaah Menteri
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Isu monopoli: KPDN kenal pasti beberapa syarikat - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenal pasti beberapa syarikat di bawahnya yang terlibat berkaitan isu monopoli.