KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan dua kenyataan yang ditularkan menerusi media sosial berkenaan, akan berlakunya perhimpunan besar-besaran di ibu negara untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada adalah tidak benar.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata tahap keselamatan semasa terkawal, dan sehubungan itu orang ramai dinasihati agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut tentang kenyataan itu, menerusi mana-mana platform media sosial.
"Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh membangkitan kegusaran awam. Perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang kepada sesiapa sahaja yang terlibat.
"Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang berniat ingin menimbulkan kegusaran awam," katanya," katanya dalam kenyataan di sini.
Semalam, tular di media sosial dua kenyataan yang hampir sama mendakwa bakal berlaku satu perhimpunan besar-besaran oleh orang Melayu di ibu negara, bertujuan menumbangkan kerajaan semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023

Orang ramai dinasihati agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut tentang kenyataan itu, menerusi mana-mana platform media sosial. - Gambar hiasan

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Mac 2023.

Tumpuan - 1 April 2023 | Anwar jumpa PM China pada Sabtu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI.

Lebih 12,000 pendatang asing diusir ke negara asal sejak Januari 2023
Seramai 12,380 pendatang tanpa izin telah diusir oleh Jabatan Imigresen (JIM) sejak Januari hingga 29 Mac lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Pinda tempoh notis kebankrapan kepada 30 hari - Peguam
Peguam dan Rakan Kongsi Tetuan Hizri Azad & Azmir, Hizri Hasshan berkata antara pindaan yang diperlukan untuk membantu individu yang berdepan tindakan kebankrapan ialah memanjangkan tempoh notis kebankrapan daripada tujuh hari kepada 30 hari. Ini akan memberi lebih masa kepada individu tersebut untuk mengurus pembayaran semula hutang.

Program literasi kewangan AKPK perlu mesra pengguna internet
Pengarah Bersekutu BowerGroupAsia, Hafidzi Razali berkata program literasi kewangan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) perlu mesra pengguna internet. Strategi tersebut mampu mendekati lebih ramai anak muda yang merupakan golongan 60 peratus daripada individu yang diisytiharkan bankrap di Malaysia.

Perancangan kewangan perlu datang dari hati - Perancang Kewangan
Pengasas Financial Faiz, Faiz Azmi berkata perancangan kewang perlu dibuat berdasarkan keperluan dan sasaran yang diinginkan. Ia tidak sepatutnya bersandarkan sepenuhnya kepada nasihat daripada agen produk kewangan yang mempunyai kepentingan sendiri.

Hanna Delisha akui penat menangis dalam 'Andai Itu Takdirnya'
Pelakon Hanna Delisha mengakui hampir setiap episod drama 'Andai Itu Takdirnya' memerlukan dia menangis dan bermain dengan emosi.

AWANI Ringkas: Tarikh Aidilfitri: Jakim ingatkan jangan buat andaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Laporan OPR BH: Fahmi Fadzil bertemu pengurusan tertinggi MPB
"Post FB itu jauh berbeza kerana memberi gambaran seolah-olah Bank Negara atau Kerajaan telah membuat keputusan."

Himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan tidak benar - Polis
Polis mengesahkan dua kenyataan yang ditularkan menerusi media sosial berkenaan, akan berlakunya perhimpunan besar-besaran di ibu negara untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada adalah tidak benar.