KUALA LUMPUR: Tian Chua menegaskan dunia tidak boleh membiarkan Amerika Syarikat (AS) ‘mematikan’ nilai kemanusiaan susulan kekejaman berterusan Israel terhadap rakyat Gaza.
Berucap di hadapan ribuan peserta Himpunan ‘Hari Bertindak Global’, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu turut mendesak agar rakyat Malaysia terus bersuara tanpa mengira latar belakang agama.
“Kita rakyat Malaysia baik kerajaan atau bukan, kita telah menyatakan pendirian tegas.
“Kita tolak kezaliman, penjajahan dan aparteid. Kerana itu, rakyat Malaysia harus bangkit.
“Tidak cukup Perdana Menteri berucap, tidak cukup Ahli Parlimen bekerja, setiap rakyat Malaysia harus berdiri sehingga Palestin dibebaskan,” katanya di sini pada Sabtu.
Beliau berucap dalam Himpunan ‘Hari Bertindak Global: Gencatan Senjata Sekarang, Hentikan Perang di Gaza’ yang berlangsung berhampiran Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak.
Mengulas lanjut, Chua juga memuji sikap berani ditunjukkan oleh Afrika Selatan yang mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tuduhan genosid terhadap rakyat Palestin.
“Ini menunjukkan perjuangan Afrika Selatan yang pernah dijajah dan ditindas, jadi negara itu tidak akan benarkan orang Palestin menderita,” tambah beliau.
Afrika Selatan memfailkan kes pada Disember, menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza dan meminta ICJ mengeluarkan langkah sementara untuk melindungi rakyat Palestin, termasuk menyeru Israel segera menghentikan serangan.
Israel telah membunuh lebih daripada 23,000 rakyat Palestin di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu dengan ramai daripadanya dalam kalangan kanak-kanak dan kaum wanita.
Himpunan ‘Hari Bertindak Global: Gencatan Senjata Sekarang, Hentikan Perang di Gaza’ dianjurkan dengan kerjasama lebih 30 pertubuhan pro-Palestin, berlangsung serentak di sekurang-kurangnya 78 ibu kota di seluruh dunia.
Hasimi Muhamad
Sat Jan 13 2024
Tian Chua berucap di hadapan ribuan peserta Himpunan ‘Hari Bertindak Global’ yang diadakan di ibu negara hari ini. - Foto Astro AWANI
[TERKINI] PM Slovakia digegaskan ke hospital selepas ditembak
Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico digegaskan ke hospital selepas ditembak seorang lelaki pada Rabu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh media kerajaan TASR memaklumkan bahawa pemimpin itu mengalami kecederaan selepas ditembak di House of Culture, tempat beliau bermesyuarat.
Lapan maut, bas bertembung pikap di utara Florida
Sekurang-kurangnya lapan terbunuh manakala lapan yang lain parah selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah trak pikap di utara Florida pada Selasa.
Pemimpin dunia kutuk serangan terhadap PM Slovakia
Pemimpin-pemimpin dunia mengutuk sekeras-kerasnya insiden tembakan terhadap Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico yang mana tindakan itu dianggap sebagai serangan ganas yang tidak mempunyai tempat dalam masyarakat dan serta mempersendakan kuasa demokrasi dunia. Kecaman dan doa dititipkan oleh pemimpin dari pelbagai negara dalam laman media sosial 'X' selepas menerima berita insiden mengejutkan itu.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keadaan PM Fico 'kritikal' - Parti Smer
Keadaan Perdana Menteri Slovakia Robert Fico 'kritikal' selepas cubaan membunuhnya, menurut parti pemerintah Smer pada Rabu, lapor Sputnik.
Polis minta bantuan orang ramai kesan pencuri pakaian dalam di Balik Pulau
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Titi Teras, di sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor
PBT di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.
Himpunan Hari Bertindak Global: Jangan biar AS matikan nilai kemanusiaan - Tian Chua
Dunia tidak boleh membiarkan Amerika Syarikat mematikan nilai kemanusiaan susulan kekejaman berterusan Israel terhadap rakyat Gaza.