awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan Rakyat Bersatu dicemari sentimen perkauman sempit - Bersih 2.0

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/09/2015
14:28 MYT
Himpunan Rakyat Bersatu dicemari sentimen perkauman sempit - Bersih 2.0
Mengulas berkenaan Himpunan Rakyat Bersatu, Bersih 2.0 menyifatkan perhimpunan itu dicemari sentimen perkauman sempit dan melampau.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini mengutuk tindakan pihak-pihak yang menyalahgunakan hak berhimpun untuk melancarkan serangan perkauman terhadap rakyat negara ini.
Pada masa sama, Bersih 2.0 turut menggesa supaya pihak yang memainkan sentimen perkauman sempit serta membuat ugutan keganasan diambil tindakan undang-undang oleh pihak berwajib.
Dalam kenyataan Perutusan Hari Malaysia 2015 yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 pada Rabu, mereka menegaskan bahawa semua lapisan masyarakat mempunyai hak untuk menyatakan pendapat, namun syaratnya perlulah mempunyai komitmen untuk melakukannya secara aman tanpa ancaman keganasan dan perkauman.
"Ini jelas telah digunakan dalam perhimpunan hari ini dalam usaha untuk menyemai rasa tidak percaya sesama warganegara sambil menyebarkan sentimen kononnya 'Malaysia Melayu Punya'.
"Sepanduk tersebut merupakan satu penghinaan terhadap Hari Malaysia dan semangat perpaduan rakyat Malaysia selepas hampir 60 tahun merdeka," memetik kenyataan media tersebut.
Mengulas berkenaan Himpunan Rakyat Bersatu, Bersih 2.0 menyifatkan perhimpunan itu dicemari sentimen perkauman sempit dan melampau.
"Taktik misdirection (hala tuju tersasar) sebegini sering digunakan untuk mengalihkan pandangan dan tumpuan ramai terhadap apa sebenarnya yang sedang berlaku.
"Sambil menampilkan gambaran yang indah-indah, perkara-perkara buruk yang sedang berlaku cuba diselindungkan seolah-olah ia tidak berlaku," memetik kenyataan media tersebut.
Selain itu, Bersih 2.0 menyifatkan Hari Malaysia adalah simbol perpaduan negara yang hidup dalam keharmonian dan kemakmuran, namun perhimpunan hari ini yang dicemari keganasan adalah bertentangan dengan semangat perpaduan negara.
Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Maria Chin Abdullah turut menyeru semua rakyat Malaysia untuk menolak sentimen perkauman sempit, saling berbaik sangka sesama jiran tetangga dan saling hormat menghormati kerana Malaysia adalah milik kita bersama.
Himpunan Rakyat Bersatu rata-rata berjalan dengan aman walaupun satu provokasi tercetus oleh sekumpulan kecil penunjuk perasaan di Jalan Petaling pada kira-kira jam 1.30 petang semalam.
Namun, provokasi tersebut dapat dibendung oleh pihak polis apabila pihak FRU tiba untuk meredakan suasana.
Topic Berkaitan
#Bersih 2.0
#hak berhimpun
#Hari Malaysia
#sentimen perkauman
#serangan perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan