awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya bukan 'demonstrasi' - GAUM

Bernama
Bernama
04/12/2016
23:08 MYT
Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya bukan 'demonstrasi' - GAUM
Perhimpunan pagi tadi berlangsung dengan aman tanpa sebarang kesulitan kepada orang ramai, laluan trafik lancar dan peniaga berniaga seperti biasa. - Foto Bernama
Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya tidak boleh ditakrif sebagai 'demonstrasi' seperti didakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perhimpunan itu mendapat permit sah dan diadakan di stadium tertutup, kata Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum) Datuk Zulkarnain Mahdar.
Beliau berkata perhimpunan itu juga berlangsung dengan aman tanpa sebarang kesulitan kepada orang ramai, laluan trafik lancar dan peniaga berniaga seperti biasa.
"Perhimpunan hari ini adalah satu perhimpunan mewakili desakan suara rakyat Malaysia yang membantah kekejaman askar Myanmar terhadap etnik Rohingya yang telah dinafikan hak," katanya dalam satu kenyataan.
Perhimpunan itu telah dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, NGO, ribuan rakyat Malaysia serta etnik Rohingya.
Dr Mahathir dalam kenyataan pada sidang akhbar Persidangan Kebangsaan Tahunan DAP 2016, juga berkata Najib tidak sepatutnya hadir pada perhimpunan itu, sebaliknya mengadakan rundingan antara Kerajaan dengan Kerajaan bagi menyelesaikan isu Rohingya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#GAUM
#Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia
#Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan