MALAYSIA

Hishammuddin hilang suara, hidung tersumbat akibat jerebu

T K Letchumy Tamboo 27/09/2015 | 12:14 MYT
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah jatuh sakit akibat jerebu yang melanda negara.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein jatuh sakit akibat jerebu teruk yang melanda negara ketika ini.
Ahli Parlimen Sembrong itu menerusi laman Twitternya memaklumkan, beliau telah kehilangan suara serta hidungnya tersumbat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau turut mengakui mempunyai masalah asma.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hishammudin juga berkata terdapat keperluan untuk membincangkan perkara ini di peringkat serantau.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semasa mengucapkan terima kasih kepada mereka mendoakan beliau sembuh , Hishammuddin berkata beliau juga telah mengambil Vitamin C dan akan berehat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sri Aman serta Samarahan Sarawak diarahkan ditutup pada 28 September 2015.
Ia berikutan situasi jerebu di beberapa negeri dan kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dan sangat tidak sihat pada Ahad.
#Hishamuddin #jerebu #sakit