Hishammuddin mohon maaf, mengaku hisap 'vape' dalam Dewan Rakyat

Astro Awani
Ogos 6, 2020 08:27 MYT
Permohonan maaf yang dibuat Hishammuddin itu mencetuskan pelbagai reaksi dengan ada yang memuji sikap jujur beliau selain ada yang mengecam. - Foto H2O Media Team
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tindakannya menghisap rokok elektronik (vape) dalam Dewan Rakyat dirakamkan.
Permohonan maaf itu dikemukakan Menteri Luar tersebut menerusi akaun Twitter miliknya dengan membalas hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial itu yang dikenali sebagai Mhd Shamin.
"Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru.
"Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi," ciapnya membalas hantaran itu.

Sorry, I didn't realise - it's a new habit. I apologise to the Dewan and promise to not do it again https://t.co/2BdUl6D9K2

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) August 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mhd Shamin sebelum itu berkongsi klip video berdurasi sembilan saat di Twitter yang menunjukkan Hishamuddin menghisap vape sambil memakai pelitup muka semasa persidangan sedang berjalan.
Permohonan maaf yang dibuat Ahli Parlimen Sembrong itu mencetuskan pelbagai reaksi dengan ada yang memuji sikap jujur beliau selain ada yang mengecam tindakan itu.
#Dewan Rakyat #hisap vape dalam Parlimen #Hishammuddin Hussein #media sosial #Parlimen #rokok elektronik #Twitter #vape