awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hobi bela ayam kampung kini jadi punca rezeki pesara guru

Bernama
Bernama
18/03/2022
22:00 MYT
Hobi bela ayam kampung kini jadi punca rezeki pesara guru
Mohd Adnan melihat ayam kampung hitam berharga RM400 seekor yang juga spesis paling dicari pelanggan ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jenereh Bongkok. -BERNAMA
MACHANG: Bermula sekadar hobi, seorang pesara guru kini meraih pendapatan lumayan daripada menternak ayam kampung.
Malah, Mohd Adnan Mamat, 62, berkata minat mendalam terhadap bidang penternakan menyebabkannya mengambil keputusan bersara awal pada tahun 2015.
Katanya, sebaik bersara, beliau mengikuti kursus di dalam dan luar negara seperti di Indonesia mengenai kaedah penternakan ayam kampung secara komersial.
"Pada permulaan, saya menggunakan modal sendiri, sebelum mendapat bantuan peralatan bernilai RM10,000 daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta Bantuan Al-Falah Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd berjumlah RM7,000.
"Ayam kampung dijual pada harga RM13 sekilogram. Saya mampu mendapat pulangan sekitar RM3,000 sebulan hasil jualan ayam kampung ini," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Jenereh Bongkok di sini pada Jumaat.
Bercerita lanjut, Mohd Adnan berkata ternakan itu mudah dijaga menerusi kaedah yang betul, seterusnya mengurangkan risiko terkena serangan penyakit.
"Saya beri ayam kampung peliharaan makan dua kali sehari pada sebelah pagi dan petang seperti sisa makanan, dedak dan jagung.
"Ayam kampung mempunyai permintaan sangat tinggi sehingga menyebabkan saya tidak menang tangan untuk penuhi permintaan.
"Saya kini memiliki dua reban ayam bagi memastikan bekalan ayam tidak putus," katanya.
Bagi menjimatkan kos penternakan, katanya, beliau turut mempelajari kaedah dari Indonesia dalam menghasilkan makanan ayam menggunakan hampas kelapa, sisa ikan dan ayam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesara guru
#ayam kampung
#Mohd Adnan Mamat
#Kampung Jenereh Bongkok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan