KUALA LUMPUR: Seorang Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa sebuah kereta jenis Honda Civic Hybrid bernilai RM118,485 didaftarkan atas nama bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad pada 31 Dis 2013.
Zaharudin Zainuddin, 51, yang bertugas di Bahagian Pendaftaran Pelesenan Kenderaan Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya berkata kelas kegunaan kereta berwarna putih itu adalah kenderaan persendirian-motokar individu.
"Saya sahkan nombor pendaftaran JPD545 adalah milik Shahrir Ab Samad yang beralamat No 17, Jalan Seruling, Taman Perbadanan Islam, 80250 Johor Bahru, Johor," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sekeping cek bertarikh 27 Nov 2013 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Saksi pendakwaan ke-19 itu berkata berdasarkan semakan sistem MySikap JPJ, pendaftaran bagi kenderaan tersebut dibuat oleh rakan niaga JPJ (pengedar kenderaan) dan kenderaan itu masih lagi milik Shahrir kerana sehingga kini tiada maklumat tukar milik kepada penama lain.
Kepada soalan peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros yang mewakili Shahrir bahawa kereta itu digunakan oleh UMNO Cawangan Taman Kebuh Teh, saksi itu menjawab "tidak tahu".
Zaharudin bersetuju dengan peguam itu bahawa sistem JPJ tidak merekodkan tujuan penggunaan kenderaan, hanya merekodkan maklumat pemilik.
Pada 8 Ogos lepas, Eksekutif Akaun Sutera Auto Sdn Bhd Rozana Khalid, 43, memberitahu mahkamah bahawa Shahrir telah membuat pembayaran penuh bagi pembelian kereta tersebut bernilai RM118,485 menggunakan sekeping cek pada 21 Dis 2013.
Pembantu Pengurus Cawangan Maybank Damansara Heights, Fazilah Omar, 47, yang turut memberi keterangan hari ini berkata cek Public Islamic Bank atas nama Shahrir berjumlah RM115,000 bertarikh 9 Dis 2013, dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik bekas Pengerusi Felda itu.
"Berdasarkan penyata akaun Maybank atas nama Shahrir, saya sahkan baki dalam akaun Maybank itu adalah sebanyak RM65,810.38 pada 28 Nov 2013. Pada 9 Dis 2013, terdapat kemasukan wang ke dalam akaun itu (Maybank) berjumlah RM115,000 melalui cek," kata saksi pendakwaan ke-17 itu.
Dalam pada itu, Penolong Pengurus Cawangan Maybank Desa Sri Hartamas Muhammad Zamzuri Mohd Zain, 53, hari ini mengesahkan bahawa Shahrir membuat transaksi kiriman wang berjumlah RM69,090 daripada akaun Maybank miliknya itu ke akaun Public Bank atas nama YM Auto Wheels Enterprise pada 1 April 2014.
Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-18 itu tidak mengetahui tujuan transaksi itu dilakukan.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022
Saksi berkata, kenderaan itu masih lagi milik Shahrir kerana sehingga kini tiada maklumat tukar milik kepada penama lain. - Gambar fail/ Bernama
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Shahrir tidak akan pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru
Pengunduran veteran UMNO itu disahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada Sabtu.
Bicara kes Shahrir Samad bermula 26 Julai, pendakwaan kemuka 19 saksi
Kes itu dipindahkan dari Mahkamah Tinggi Jenayah lima (MTJ 5) untuk didengar di hadapan Hakim Muhammad Jamil.
Ini yang sempat Shahrir Samad lakukan untuk Felda
Antara lain, Shahrir memastikan tiada ahli politik dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat Felda.
Tsunami Melayu pembangkang mahu musnahkan institusi Melayu - Shahrir
Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan tsunami Melayu yang diuar-uarkan oleh pembangkang bertujuan memusnahkan institusi Melayu yang lama bertapak di negara ini.
Felda setuju wujudkan jawatankuasa siasatan, teliti tindakan dari sudut perundangan
Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata jawatankuasa terbabit akan meneliti daripada sudut perundangan berhubung tindakan yang bakal diambil
KLVC: Felda teliti syor laporan audit forensik - Shahrir
Felda akan bertindak terhadap mereka yang cuai menjaga kepentingan agensi kerajaan itu dan sayap pelaburannya, FICSB.
Inisiatif Felda 2.0 ubah wajah komuniti Felda
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, ia berbeza dengan tujuan asal penubuhan tanah rancangan itu kira-kira 60 tahun lalu.
Tanah milik, isu terakhir perbetul semula organisasi Felda - Shahrir
Shahrir berkata isu-isu lain yang menggelincirkan Felda, kini di bawah kendalian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah.
Isu tanah Felda-Jalan Semarak: Polis akan panggil Isa Samad
Kata Timbalan Ketua Polis Negara, beberapa individu akan dipanggil untuk dirakam keterangan termasuk bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.
Nilai aset melebihi liabiliti, Felda tidak muflis - Shahrir
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mempunyai nilai aset melebihi jumlah liabiliti yang ditanggungnya dan dakwaan syarikat itu hampir muflis, tidak benar.