KUALA LUMPUR: Hospital terbesar di Gaza, Hospital Al Shifa, kini tidak berfungsi selepas musnah berikutan operasi serangan selama 14 hari oleh tentera Israel di dalam dan sekitar fasiliti itu, menurut Doktor Tanpa Sempadan (MSF).
"Doktor Tanpa Sempadan terkejut kerana Hospital Al Shifa kini telah musnah," menurut MSF dalam catatan di laman web.
MSF, sebuah pertubuhan kemanusiaan perubatan antarabangsa menyatakan bahawa memandangkan tahap kemusnahan yang dialami hospital itu, penduduk di utara semakin terhimpit untuk mendapatkan kemudahan kesihatan.
"Akses ke Hospital Al Shifa adalah mustahil selama beberapa hari, menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan," kata MSF.
MSF juga melaporkan penangkapan besar-besaran kakitangan perubatan dan individu lain di dalam dan di sekitar hospital.
Keganasan serangan dan pertempuran hebat itu turut memberi kesan kepada klinik MSF yang terletak berhampiran hospital, menurut pertubuhan itu.
"Saya melihat kerosakan besar. Saya terkejut. Pejabat, klinik, semua kereta dan generator rosak," kata seorang kakitangan MSF.
Petugas MSF melawat Hospital Al Shifa pada bulan Januari dan Mac. Walaupun hospital itu hanya berfungsi sebahagiannya dan kekurangan bekalan, kakitangan perubatan masih merawat lebih 200 pesakit pada Mac.
MSF menyeru pemindahan selamat pesakit yang tinggal supaya mereka dapat menerima rawatan yang mereka perlukan.
"Gencatan senjata segera dan berkekalan mesti dilaksanakan sekarang untuk menghentikan kemusnahan kemudahan penjagaan kesihatan, membahayakan nyawa pesakit dan kakitangan perubatan," kata MSF.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
![Hospital Al Shifa kini tidak berfungsi - MSF Hospital Al Shifa kini tidak berfungsi - MSF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71711959323_TBAlShifaHospita.jpg)
Hospital terbesar di Gaza, Hospital Al Shifa, kini tidak berfungsi selepas musnah berikutan operasi serangan selama 14 hari oleh tentera Israel di dalam dan sekitar fasiliti itu. - Foto REUTERS
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Hospital Al Shifa kini tidak berfungsi - MSF Hospital Al Shifa kini tidak berfungsi - MSF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71711959323_TBAlShifaHospita.jpg)
Hospital Al Shifa kini tidak berfungsi - MSF
Hospital terbesar di Gaza, Hospital Al Shifa, kini tidak berfungsi selepas musnah berikutan operasi serangan selama 14 hari oleh tentera Israel di dalam dan sekitar fasiliti itu.
![Gaza semakin tegang, zionis Israel serang kompleks hospital terbesar Gaza semakin tegang, zionis Israel serang kompleks hospital terbesar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699656466_TBGaza.jpg)
Gaza semakin tegang, zionis Israel serang kompleks hospital terbesar
Israel sasar serang hospital dengan alasan untuk hapuskan Hamas yang didakwa mendapat perlindungan di pusat dan kompleks kesihatan.
![Tentera Israel nafi bom hospital, tidak menolak lakukan apa yang perlu Tentera Israel nafi bom hospital, tidak menolak lakukan apa yang perlu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699655638_TBGaza.jpg)
Tentera Israel nafi bom hospital, tidak menolak lakukan apa yang perlu
IDF ikrar akan bunuh jika nampak kelibat anggota Hamas lancar serangan dari kawasan hospital.
![Sistem penjagaan kesihatan Gaza? Di ambang kehancuran! Sistem penjagaan kesihatan Gaza? Di ambang kehancuran!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621393226_violenceinGaza.jpg)
Sistem penjagaan kesihatan Gaza? Di ambang kehancuran!
Tatkala Palestin masih bergelut dengan wabak COVID-19, serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza menambahkan lagi kesengsaraan dan sistem penjagaan kesihatan kini di ambang kehancuran.