awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Ampang bertukar status Hospital Full COVID-19

Sinar Harian
Sinar Harian
24/06/2021
00:00 MYT
Hospital Ampang bertukar status Hospital Full COVID-19
Hospital Ampang menjadi Hospital Full COVID-19 berkuat kuasa Rabu. -Gambar fail
AMPANG: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memutuskan untuk menukarkan status Hospital Ampang kepada Hospital Full COVID-19 berkuat kuasa pada Rabu.
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, penukaran status berkenaan adalah berikutan peningkatan kes COVID-19 yang tinggi terutama melibatkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan di Zon Wilayah Tengah.
Beliau berkata, situasi yang berlaku ini menyebabkan purata penggunaan katil di hospital-hospital Zon Wilayah Tengah adalah melebihi kadar maksimum.
"Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0 juga menghadapi kesukaran untuk merujuk pesakit yang memerlukan rawatan lanjut di hospital," katanya menerusi satu surat pemakluman penukaran status berkenaan yang dikeluarkan pada Rabu.
Sebelum ini, Hospital Ampang diletakkan di bawah status Hospital Hybrid COVID-19 bagi membantu JKNS menangani penularan COVID-19.
Dalam pada itu, Sha'ari berkata, buat masa ini terdapat dua hospital yang beroperasi sebagai Hospital Full COVID-19 di Selangor iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang.
Katanya, berikutan itu, semua rujukan pesakit Non COVID-19 dari fasiliti lain ke Hospital Ampang juga perlu dihentikan buat sementara waktu mulai Rabu bagi memberi ruang kepada hospital ini menerima pesakit COVID-19.
"JKNS juga memohon kerjasama pihak Hospital Ampang untuk menerima rujukan pesakit Non COVID-19 sedia ada daripada hospital berkenaan agar rawatan mereka dapat diteruskan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Hospital Ampang bertukar status Hospital Full COVID-19
Topic Berkaitan
#Hospital Ampang
#Full COVID-19
#COVID-19
#Sha'ari Ngadiman
#Hospital Sungai Buloh
#penggunaan katil
#hospital hybrid
#PKRC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan