JOHOR BAHRU: Hospital medan yang akan beroperasi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada Khamis diharap akan mewujudkan kesedaran rakyat Johor tentang penularan COVID-19.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negeri ini selain terdapat kawasan Felda yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menimbulkan kebimbangan.
Menurut beliau, kerajaan negeri bekerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akhirnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membina hospital medan di HSA Johor Bahru bagi membantu merawat pesakit COVID-19.
"Hospital medan ini terletak berhampiran jalan utama di bandar raya Johor Bahru jadi rakyat sendiri akan merasakan betapa seriusnya keadaan COVID-19 dan tidak mengambil mudah tentang penularan wabak ketika ini.
"Rakyat Johor bertuah adanya hospital medan dibina di negeri ini. Bukan hanya kerana peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang direkodkan tetapi dalam masa yang sama boleh menjadi 'advokasi' kepada masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau pembinaan hospital medan di HSA Johor Bahru di sini pada Ahad.
Hadir sama, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh.
Sementara itu, Dr Adham berkata hospital medan di HSA Johor Bahru ini akan membantu kadar perawatan dan kesembuhan COVID-19 di Johor.
Menurut beliau, selain HSA, terdapat hospital lain yang turut merawat pesakit COVID-19 peringkat empat dan lima iaitu Hospital Sultan Ismail Johor Bahru dan hospital daerah di Kluang, Batu Pahat, Muar serta Segamat.
"Sebuah lagi hospital medan dibina ATM di HSA, Johor Bahru. KKM memiliki 12 fasiliti hospital di Johor yang merawat kes-kes COVID-19.
"KKM harap pembinaan hospital medan ini dapat membantu meningkatkan kadar perawatan dan kesembuhan penyakit COVID-19 di negeri ini," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Hospital medan: Rakyat perlu ambil serius penularan Covid-19
Sinar Harian
Sun Jun 13 2021
Hasni (tengah) bersama tetamu lain meninjau keadaan Hospital Medan di HSA Johor Bahru pada Ahad. -Foto Sinar Harian
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pusat Kelestarian Johor bakal ditubuhkan
Inisiatif itu sejajar dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang dilancarkan Kementerian Ekonomi baru-baru ini.
Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian
Timbalan Menteri Kewangan itu memperoleh 388 undi, berbanding lawannya Datuk Seri Hasni Mohammad yang hanya meraih 291 undi.
'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.
Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menjelaskan sudah menjadi adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya.
Kaukus Ahli Parlimen Johor pacu pembangunan negeri - Hasni
Perbincangan mengenai penubuhan kaukus itu dijangka diadakan selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.
Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Johor akan jadi tiang seri kemenangan BN - Hasni
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Hasni Mohammad yakin negeri ini akan menjadi tiang seri kepada kemenangan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
PRU15: Perancangan ADUN BN Johor diketengahkan sewaktu kempen
Hasni berkata 40 wakil rakyat itu yang telah memenangi PRN Johor pada Mac lepas akan membantu kempen di kawasan masing-masing.
PRU15: Cabaran debat, lebih baik berdialog dengan masyarakat - Hasni
Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad lebih terbuka untuk berdialog dengan penduduk setempat berbanding dengan cabaran untuk mengadakan debat terbuka.