awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shila Amzah teruja bakal adakan konsert di Dewan Filharmonik PETRONAS
Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq
Rakyat Costa Rica mengundi pilih presiden baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris ditutup sepenuhnya akibat hakisan tanah

Bernama
Bernama
17/12/2025
11:50 MYT
Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris ditutup sepenuhnya akibat hakisan tanah
Sebelum ini sebahagian jalan itu mula mengalami hakisan tanah pada Mei lepas, namun ia runtuh sepenuhnya pada 7 pagi tadi. - Gambar/ Bernama
KUALA BERANG: Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris di Hulu Terengganu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula hari ini susulan kejadian hakisan tanah di kawasan permukaan dinding culvert atau pembetung akibat arus air yang deras.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abd Wahab berkata sebelum ini sebahagian jalan itu mula mengalami hakisan tanah pada Mei lepas, namun ia runtuh sepenuhnya pada 7 pagi tadi.
Beliau berkata penutupan itu bagi memberi ruang kepada kerja keselamatan dan pemulihan di kawasan berkenaan.
"Jalan itu tidak selamat dilalui semua kenderaan dan ia perlu dibaiki segera kerana satu-satunya jalan yang ada untuk ke Sungai Deka Elephant Conservation Center. Jika terputus jalan tersebut, maka bekalan minyak untuk kegunaan generator elektrik akan terputus bekalan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sehubungan dengan itu, Sharudin berkata penghadang konkrit dan papan tanda telah dipasang serta pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif sementara, iaitu Sungai Tong-Jerteh-Kuala Krai-Aring 8.
Beliau berkata orang ramai diminta tidak melalui kawasan itu bagi menjamin keselamatan, selain pihak polis akan meningkatkan kekerapan pemantauan di lokasi berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan Aring
#Kenyir
#Hulu Terengganu
#jalan tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan