ALOR SETAR:Beberapa hospital swasta di negeri ini kini bersedia menerima pesakit COVID-19 bagi menampung kepadatan pesakit yang dirawat di hospital kerajaan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, setakat ini, jumlah pesakit yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sudah menjangkau 80 peratus.
Susulan itu, dua lagi hospital kerajaan dibuka untuk menerima pesakit COVID-19, iaitu Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim
"Baru-baru ini disebut, Kedah Medical Centre (KMC) sudah mula menerima pesakit-pesakit COVID-19.
"Di Kedah, kita ada Kedah Medical Centre (KMC), Putra Medical Centre (PMC) (kedua-duanya di Alor Setar), kemudian ada Hospital Pakar Metro di Sungai Petani.
"Maknanya, dengan Ordinan Darurat ini, mereka boleh menggunakan kemudahan fasiliti yang ada di hospital swasta," katanya.
Dr Mohd Hayati berkata demikian ketika ditemui sewaktu menyerahkan van jenazah kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah di Suka Menanti, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon dan timbalannya, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syu'faat Kamaron.
Dalam pada itu, Dr Mohd Hayati memaklumkan, Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) akan mula beroperasi 24 jam mulai Mei depan dan mampu menerima lebih 5,000 pesakit pada satu-satu masa.
Beliau yakin Jabatan Kesihatan Kedah (JKN) sudah bersedia untuk menanganinya.
Setakat ini, JKN Kedah berjaya menubuhkan 11 CAC, iaitu sebuah di setiap daerah, untuk memantau pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2.
Pihaknya juga bercadang mewujudkan CAC bergerak bagi memantau pesakit yang mempunyai masalah mobilisasi atau dari kalangan golongan rentan.
"InsyaAllah, di pihak portfolio kesihatan dan juga JKN, sudah buat persediaan secukupnya, kecuali apa-apa yang tidak dijangka berlaku. Itu di luar jangkaan kita.
"Tetapi, apa yang kita jangkakan adalah berdasarkan kepada projection yang telah dibuat," tambahnya.
Dr Mohd Hayati turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada JKN Kedah serta semua petugas kesihatan di negeri ini atas usaha membendung penularan pandemik ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jan 27 2021
Dr Mohd Hayati (kiri) pada majlis penyerahan van jenazah kepada JBPM Kedah di Suka Menanti, Alor Setar, hari ini. - Astro AWANI
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Remaja meninggal dunia selepas rebah di Stadium Darul Aman sebelum perlawanan
ACP Siti Nor Salawati berkata, dalam kejadian jam 7 petang itu dipercayai remaja tersebut datang ke stadium bersama adiknya.
Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.
Kakak maut, adik parah dalam kemalangan motosikal dengan lori
Dalam kejadian jam 2.10 petang itu, mangsa berusia 19 tahun yang menunggang motosikal jenis SYM Sport meninggal dunia di tempat kejadian.
Keluarga lelaki maut didakwa diserang anggota polis mahu keadilan
Pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan terhadap kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Langkawi.
Nahas trak tentera: 'Mak cik ampunkan, halalkan makan minum, susu mak cik bagi pada dia'
Ibu kepada salah seorang daripada tiga anggota tentera yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan pada Jumaat, masih terkejut.
Mayat lelaki ditemui terdampar di Sungai Kedah
Mayat terbabit ditemui kira-kira jam 9 pagi oleh polis yang membuat pemantauan di sekitar Sungai Kedah.
Mayat lelaki ditemukan berlumuran darah di UTC Kedah
Mayat lelaki ditemukan berlumuran darah di ruang penghawa dingin
Jenazah Salahuddin Ayub disembahyangkan di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadut
Van yang membawa jenazah Allahyarham tiba pada 8.50 pagi dari kediaman ibunya dan jenazah disembahyangkan pada 9.45 pagi.
Luluh hati Young Syefura terima berita pemergian Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub dianggap Young Syefura seperti ayah kandung sendiri yang tidak pernah jemu berkongsi nasihat dan tunjuk ajar.
Keadaan Salahuddin agak kritikal namun stabil - Dr Zaliha
Katanya, pihaknya akan melawat Salahuddin hari ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut perkembangannya.