KUALA LUMPUR: Beberapa hospital swasta di dalam negara ini sudah mula memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada orang awam selepas kerajaan bersetuju hospital swasta digunakan sebagai pusat vaksinasi dalam fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Di PULAU PINANG, tiga hospital swasta memulakan operasi pemvaksinan mereka hari ini, iaitu Hospital Pantai Pulau Pinang, Hospital Lam Wah Ee (HLWE) dan KPJ Pulau Pinang dengan sasaran untuk memberikan suntikan vaksin kepada 500 penduduk negeri itu sehari.
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd Dr Anas Alam Faizli berkata lebih banyak lagi hospital dan doktor swasta yang berdaftar di bawah program Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan beroperasi dalam masa akan datang.
"Kami percaya jika semua doktor dan hospital swasta di Pulau Pinang menyertai program vaksinasi PPV, kami boleh meningkatkan dan mencapai dos sasaran sehari yang ditetapkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang," katanya kepada Bernama ketika meninjau PPV di Hospital Pantai di sini hari ini.
Beliau berkata 12 hospital dan lebih 100 doktor swasta sudah berdaftar dengan ProtectHealth, pelaksana penyertaan pengamal perubatan swasta dalam program imunisasi kebangsaan.
Di NEGERI SEMBILAN, Hospital Pakar CMH dipilih sebagai sebuah PPV di Seremban untuk memudah cara dan memastikan lebih banyak rakyat Malaysia menerima vaksin dengan matlamat mencapai kelompok imuniti terhadap COVID-19.
Presidennya Datuk Lee Tian Hock dalam satu kenyataan hari ini berkata hospital itu akan memberikan suntikan 100 dos vaksin kepada mereka yang dalam senarai diberikan kerajaan pada masa ditetapkan di bawah bimbingan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ProtectHealth.
Beliau berkata Hospital Pakar CMH sebagai sebuah PPV yang diluluskan akan memastikan pemberian vaksin itu dilaksanakan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan KKM menerusi aplikasi MySejahtera atau vaksincovid.gov.my.
"Penerima vaksin juga perlu mematuhi garis panduan dalam mendapatkan suntikan vaksin secara teratur dengan membawa bersama kad pengenalan, telefon pintar dan juga pen untuk mengisi borang," katanya.
Sementara itu di PERAK, Pusat Perubatan Ar-Ridzuan di Bandaraya Ipoh mula beroperasi sebagai satu daripada PPV bagi membantu mempercepatkan urusan vaksinasi di Perak.
Pengurus Besar Kumpulan Perubatan Ar-Ridzuan Khairul Salleh Abdul Rani berkata proses pemberian vaksin pada hari pertama melibatkan 50 orang penerima fasa kedua terdiri daripada warga emas dan pesakit kronik bermula pukul 9 pagi tadi.
"Mereka menerima vaksin jenis Sinovac dan penerima yang diberikan suntikan vaksin di hospital ini memperoleh janji temu mengikut giliran menerusi aplikasi MySejahtera.
"Kami juga telah berikan suntikan vaksin kepada 67 pesakit yang menerima rawatan hemodialisis menerusi program khidmat masyarakat bersama KKM bermula 3 Mei lepas dan tiada kesan sampingan yang teruk dikesan pada mereka," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut bersedia untuk membantu kerajaan negeri melaksanakan program lhidmat masyarakat di kawasan-kawasan luar bandar termasuk perkampungan Orang Asli dalam usaha mencapai imunisasi kelompok.
Katanya hospital itu mampu melakukan pemvaksinan ke atas 200 orang sehari dan meminta semua pihak supaya sentiasa menyemak janji temu pada aplikasi MySejahtera supaya tidak terlepas peluang mendapatkan vaksin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 07 2021
Lebih banyak lagi hospital dan doktor swasta yang berdaftar di bawah program PPV akan beroperasi dalam masa akan datang. - Gambar fail/ Bernama
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
HBR berkata bayi itu meninggal dunia sejurus selepas menerima rawatan perubatan, dan bapanya diberikan kebenaran untuk menguruskan pengebumian pada hari berikutnya.
Kerajaan disaran kawal harga rawatan di hospital swasta, perkenal insurans mampu milik
Kerajaan disaran memperkenalkan dasar kawalan harga sebagai langkah utama untuk mengawal caj atau kos rawatan perubatan yang dikatakan terus meningkat di hospital swasta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
Belum ada keperluan KKM gunakan fasiliti hospital swasta rawat pesakit COVID-19 - APHM
Ketika ini belum ada keperluan bagi Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggunakan fasiliti hospital swasta untuk merawat pesakit COVID-19.
KKM akan terima pakai pendekatan pajakan mulai tahun depan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menerima pakai pendekatan pajakan bagi peranti perubatan, aset perubatan dan ambulans mulai tahun depan.
Perak kini di landasan tepat muncul hab pelancongan kesihatan - MB
Ia berikutan pertambahan jumlah hospital swasta yang menawarkan kepakaran dalam beberapa bidang khusus.
Presiden Argentina dirawat di hospital swasta
Presiden Argentina Alberto Fernandez dibawa ke hospital swasta di tengah Buenos Aires selepas mengalami sakit pinggang yang teruk.
Hospital swasta dengan pelaburan RM860 juta bakal dibina
KLIH yang dijangka memulakan operasinya pada suku pertama 2026, bakal mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan.