KUALA LUMPUR: Seorang bapa kepada tiga anak, yang tular di media sosial sebagai ‘Hot Daddy’ bersama dua rakan wanitanya berhubung suatu video lucah, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan, minggu lalu.
Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, dan Norhidayah Mahadi, 24, yang bekerja sendiri serta pengurus syarikat swasta, Norshazrina Md Zamri, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X di Pejabat D7 (Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) Bukit Aman di sini, pada jam 10.10 pagi, 16 Januari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372 (1) (e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latif tidak mencadangkan ikat jamin kepada semua tertuduh.
“Sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, saya mencadangkan kadar itu ditetapkan sebanyak RM20,000 bagi setiap tertuduh.
“Jumlah itu sesuai kerana mengambil kira kepentingan awam selain pertuduhan kesalahan dikategorikan dalam jenayah yang serius,” katanya.
Sementara itu, peguam, Mohd Faris Abrar Othman yang mewakili semua tertuduh, merayu anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar yang minimum.
Menurutnya, tiada elemen menunjukkan mereka akan melarikan diri kerana anak guamnya merupakan rakyat tempatan malah keluarga mereka tinggal di sini.
“Hasli Ikhwan perlu menjaga bapanya yang mempunyai sejarah sakit buah pinggang selain mempunyai tiga anak berusia 12, 10 dan empat tahun.
“Norhidayah tiada pendapatan tetap sementara Norshazrina perlu menanggung ibunya yang mempunyai penyakit jantung,” katanya yang mengendalikan kes bersama peguam, Muhammad Faiz Mustafa.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Siti Aminah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari depan untuk serahan dokumen.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dikesan menjalankan aktiviti menjual rakaman video seksnya dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial ditahan di Janda Baik, Pahang.
Suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Bukit Aman di sebuah rumah di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang, pada jam 2.30 petang, 17 Januari lalu.
Dalam serbuan sama, polis menahan dua teman wanitanya di rumah yang turut didiami oleh bapa lelaki terbabit.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 26 2024
Hasli Ikhwan (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menghadapi satu pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan, minggu lalu. - Foto Sinar Harian
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
‘Hot Daddy’, dua rakan wanita didakwa iklankan khidmat persundalan
Seorang lelaki bersama dua rakan wanitanya didakwa atas satu pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan.