awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Putera Mahkota Iran bangkit sebagai figura protes selepas puluhan tahun dalam buangan
Kerajaan Negeri Selangor tidak kompromi usaha promosi budaya songsang
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hotel kebajikan buat rakyat terkesan COVID-19 - Annuar Musa

Bernama
Bernama
08/07/2021
09:36 MYT
Hotel kebajikan buat rakyat terkesan COVID-19 - Annuar Musa
Annuar Musa berkata, Rumah Prihatin @GrandSeasons yang akan beroperasi secara berperingkat mulai 15 Julai ini, akan dijadikan premis yang berkonsepkan hotel kebajikan dengan menjalankan kegiatan sukarela. - Facebook Tan Sri Annuar Musa
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan bekerjasama dengan Hotel Grand Seasons di sini menubuhkan Rumah Prihatin @Grand Season bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, Rumah Prihatin @GrandSeasons yang akan beroperasi secara berperingkat mulai 15 Julai ini, akan dijadikan premis yang berkonsepkan hotel kebajikan dengan menjalankan kegiatan sukarela berkaitan perkhidmatan pengawalan penularan wabak tersebut.
"Hotel ini akan diserahkan kepada sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai YWP bagi tujuan kebajikan.
"Ia merupakan satu platform untuk menghimpunkan, mengkoordinasi dan merawat mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang dilaksanakan secara bersama dengan sokongan sukarelawan, persatuan, organisasi korporat dan NGO," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Annuar berkata Rumah Prihatin @GrandSeasons menawarkan lima komponen utama yang selari dengan konsep Wilayah Cakna dan Wilayah Prihatin bagi membantu rakyat secara lebih proaktif.
"Lima komponen itu ialah Dapur Prihatin, Bilik Penginapan Prihatin, Khidmat Kesihatan Mental Prihatin, Khidmat Vaksin Prihatin dan Pusat Gerakan Jejak Prihatin.
"Kami juga sedang meneliti sama ada sebahagian daripada 300 bilik di hotel ini sesuai untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin bagi kes-kes ringan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hotel
#kebajikan
#rakyat terjejas
#COVID-19
#Annuar Musa
#pandemik
#Yayasan Wilayah Persekutuan
#Rumah Prihatin
#grand seasons
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan