LABUAN: Hotel Labuan yang pernah menjadi lambang kebanggaan pulau bebas cukai ini, akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail.
Beliau berkata lembaga pengarah pihak berkuasa tempatan itu sudah memberi lampu hijau untuk perobohan hotel 10 tingkat berkenaan sama ada tahun ini atau awal tahun depan.
"Kami akan membuka tender secepat mungkin sebaik sahaja mendapat anggaran peruntukan untuk proses perobohan," katanya mengulas tentang pendedahan yang dibuat Pengerusi Perbadanan Labuan Tan Sri Anifah Aman dalam kumpulan WhatsApp Dewan Perniagaan Labuan.
Rithuan berkata Perbadanan Labuan akan bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi memastikan proses merobohkan bangunan itu mematuhi garis panduan keselamatan.
Hotel dengan 150 bilik itu didapati tidak selamat pada 1997 kerana strukturnya tidak sempurna, lalu Pihak Berkuasa Pembangunan Labuan yang kini dikenali sebagai Perbadanan Labuan mengambil keputusan untuk menutup hotel itu sebagai langkah keselamatan.
Bangunan itu pernah menjadi hab untuk pelancong dalam dan luar negara serta menjadi lokasi pertemuan untuk pemimpin kerajaan dan ahli politik, bagaimanapun setelah ditinggalkan begitu lama, hotel itu menjadi usang dan rosak serta menjejaskan pemandangan di tengah-tengah bandar Labuan.
Dalam pada itu, Rithuan berharap agar perobohan hotel berkenaan akan membuka pintu kepada pemaju untuk memberi nafas baharu di kawasan itu dan memberi laluan kepada pembangunan komersial yang akan membawa manfaat ekonomi kepada pulau dan penduduknya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023
Sudah dapat lampu hijau untuk perobohan hotel 10 tingkat berkenaan sama ada tahun ini atau awal tahun depan. - Bernama
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Kementerian Wilayah Persekutuan akan fokus kepada pertumbuhan mampan
Menterinya Khalid Abdul Samad berkata adalah penting semua projek yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan bersifat seimbang dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.