awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hotel Warisan 1926 bakal dibuka semula, tarik pelancong ke Pulau Pinang

Bernama
Bernama
04/09/2024
00:30 MYT
Hotel Warisan 1926 bakal dibuka semula, tarik pelancong ke Pulau Pinang
Chow (tengah) menyaksikan pemeteraian Perjanjian Pajakan antara PDC dan Jetblue Sdn Bhd di George Town semalam. - Facebook Chow Kon Yeow
GEORGE TOWN: Bangunan warisan yang menempatkan Hotel Warisan 1926 di Jalan Burma di sini, bakal beroperasi semula pada 2026 bersempena ulang tahun ke-100 penubuhannya.
Pengoperasian semula hotel itu bakal direalisasikan menerusi pemeteraian Perjanjian Pajakan antara Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai pemilik hartanah dengan Jetblue Sdn Bhd yang akan menguruskan bangunan bersejarah itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata perjanjian itu secara tidak langsung dapat menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara bagi melihat dan mempelajari mengenai bangunan berstatus warisan di negeri ini.
"Diharapkan dengan termeterainya perjanjian pajakan selama 15 tahun dengan opsyen tambahan 15 tahun ini dapat menjadikan Hotel Warisan 1926 sebagai sebuah lagi mercu tanda dalam sektor pelancongan dengan pengubahsuaian berkonsep moden tetapi pada masa sama masih mengekalkan elemen-elemen asal hotel tersebut.
"Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan kolaborasi seperti ini kerana ia bukan saja dapat membantu memartabatkan budaya tetapi turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian itu di sini, semalam.
PDC diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Aziz Bakar manakala Jetblue Sdn Bhd diwakili Pengarahnya Datuk Koay Shao Sheong.
Chow berkata Pulau Pinang merekodkan 10 juta kedatangan pelawat domestik pada 2022 berbanding tahun sebelumnya dan tahun lepas hampir tujuh juta pelancong dicatatkan, justeru beliau percaya dengan adanya tarikan seperti hotel warisan itu mampu menarik lebih ramai pengunjung sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.
Beliau berkata hotel itu sebelum ini beroperasi di bawah pengurusan lain dan terbiar sejak 2020 selepas tempoh perjanjian tamat.
Katanya kerja membaik pulih hotel di bawah pengurusan baharu telah dimulakan sejak 1 Ogos lepas yang menelan kos hampir RM20 juta dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.
"Hotel ini pada asalnya mempunyai 96 bilik, tetapi akan diubah suai menjadi 78 bilik dengan menggabungkan bilik-bilik kecil untuk memberikan lebih ruang dan suasana yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#pulau pinang
#pelancongan
#Hotel Warisan 1926
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan