awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HSR: Malaysia bayar pampasan RM320 juta pada Singapura

Bernama
Bernama
29/03/2021
10:31 MYT
HSR: Malaysia bayar pampasan RM320 juta pada Singapura
Kedua-dua negara terbabit telah mencapai persetujuan berhubung jumlah tersebut susulan proses verifikasi yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.
KUALA LUMPUR: Malaysia telah membayar sebanyak SG$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura bagi kos yang ditanggung membabitkan pembangunan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) serta berkaitan dengan lanjutan penangguhannya.
Kedua-dua negara terbabit telah mencapai persetujuan berhubung jumlah tersebut susulan proses verifikasi yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.
Jumlah tersebut juga mewakili penyelesaian penuh serta akhir berkaitan pembatalan Perjanjian Dua Hala bagi projek HSR pada 31 Dis, 2020, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Menteri Pengangkutan Singapura dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin.
Menurut kenyataan itu, Malaysia dan Singapura turut menegaskan untuk kekal komited terhadap usaha memelihara hubungan baik serta menjalin kerjasama erat bagi kepentingan bersama rakyat masing-masing.
- Bernama
Topic Berkaitan
#HSR
#Malaysia bayar pampasan
#Singapura
#Kereta Api Berkelajuan Tinggi
#Perjanjian Dua Hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan