awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HSR masih diperlukan, beri banyak manfaat kepada negara

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
01/01/2021
08:42 MYT
HSR masih diperlukan, beri banyak manfaat kepada negara
Perjanjian Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura disahkan telah berakhir pada 31 Disember, sekali gus menyaksikan projek tersebut terbatal secara sendirinya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR :Pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) banyak memberi manfaat bukan sahaja kepada Malaysia malah melibatkan negara lain juga.
Penyelidik Utama, Kumpulan Integrasi OASIS (OIG), Dr Mohd Fahmy Abdullah berkata, projek itu sebenarnya masih lagi diperlukan kerana ia mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi negara.
Menurutnya, selepas projek itu dibatalkan, kerajaan kini harus memikirkan cara lain untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam dalam negara.
BACA: HSR terbatal: Ini apa yang perlu anda tahu
“Melalui pembinaan HSR ini, ia sebenarnya banyak memberi manfaat bukan sahaja dalam negara tapi di luar negara. Kalau kita lihat, HSR ini banyak beri pulangan dan manfaat dalam bentuk kenaikan nilai hartanah.
BACA: Perjanjian projek HSR Malaysia-Singapura tamat, terbatal secara sendiri
“Ia juga menyumbang kepada kepesatan ekonomi setempat, pemindahan teknologi, peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, kemasukan tenaga pakar ke dalam negara terutamanya dari Singapura dan aspek pelancongan,” katanya dalam Buletin AWANI pada Jumaat.
Tambah beliau, untuk bergerak ke hadapan, kerajaan selepas ini harus lebih serius dalam melaksanakan projek berskala besar.
HSR batal: Malaysia harus bayar ganti rugi kepada Singapura
Tegasnya, kerajaan harus memastikan apabila agenda sudah ditetapkan, ia harus diselesaikan bagi mengelak negara membayar pampasan akibat daripada menghentikan projek.
Perjanjian Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura disahkan telah berakhir pada 31 Disember, sekali gus menyaksikan projek tersebut terbatal secara sendirinya.
Dalam kenyataan bersama Malaysia-Singapura hari ini memaklumkan kedua-dua negara akan mematuhi syarat masing-masing dan melakukan tindakan yang diperlukan akibat penamatan perjanjian projek HSR.
Projek HSR: Rakyat Johor kecewa
“Susulan kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi Malaysia, kerajaan Malaysia telah mencadangkan beberapa perubahan pada projek HSR.
“Kedua-dua kerajaan telah melakukan beberapa perbincangan mengenai perubahan ini namun gagal mencapai kata sepakat,” demikian menurut kenyataan bersama itu.
Kenyataan itu masing-masing diwakili Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Dalam perkembangan sama, kedua-dua negara menegaskan akan tetap komited menjaga hubungan dua dan bekerjasama erat dalam pelbagai bidang, termasuk memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.
Projek HSR terbatal: Kerajaan sejak dahulu cuba kurangkan kos
Topic Berkaitan
#HSR
#kereta api
#kelajuan tinggi
#Malaysia
#Singapura
#pelancongan
#kerajaan
#nilai hartanah
#peluang pekerjaan
#Johor
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan