awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JBPM tidak kompromi salah laku anggota
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan minat belian baharu
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HTAR terbakar, tiada kecederaan dilaporkan

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
22/07/2025
11:23 MYT
HTAR terbakar, tiada kecederaan dilaporkan
Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan pesakit di atas katil sedang dipindahkan keluar dari Zon Merah, manakala kakitangan perubatan bertindak pantas memastikan keselamatan semua pihak terjamin. - Sumber foto JBPM Selangor
KUALA LUMPUR: Suasana cemas tercetus di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor susulan kebakaran kecil yang melibatkan suis soket di wad Zon Merah, petang Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 5.13 petang.
Menurutnya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat.
“Jentera tiba pada jam 5.14 petang dan mendapati kebakaran telah dipadamkan oleh pihak hospital sebelum ketibaan bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada suis soket di wad Zon Merah dan hanya menyebabkan kemusnahan kecil, iaitu kira-kira satu peratus daripada ruang terjejas, menurut kenyataan itu.
Tiada mangsa dilaporkan tercedera dalam kejadian berkenaan.
Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Yuszi Abdullah, dan kawasan terjejas telah dipastikan selamat sepenuhnya sebelum pasukan beredar dari lokasi.
Menurutnya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan beberapa pesakit sedang dipindahkan keluar dari Zon Merah, manakala kakitangan perubatan bertindak pantas memastikan keselamatan semua pihak terjamin.
Topic Berkaitan
#Hospital Tengku Ampuan Rahimah terbakar
#wad zon merah
#Balai Bomba dan Penyelamat Andalas
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan