awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Huawei pindahkan teknologi dan pengetahuan dalam pendidikan TVET Malaysia

Nazri Kahar
Nazri Kahar
24/05/2024
15:42 MYT
Huawei pindahkan teknologi dan pengetahuan dalam pendidikan TVET Malaysia
Ahmad Zahid (dua, kiri) menyaksikan acara MoU yang dimeterai antara Universiti Kuala Lumpur cawangan British Malaysia Institute (UniKL BMI) dan Huawei pada Jumaat, di Shenzhen, China. - Foto: Fariz Iswadi
SHENZHEN: Huawei bersetuju untuk membantu Malaysia memfokuskan usaha memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berpandukan teknologi termaju, antaranya kecerdasan buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IOT) serta robotik.
Bercakap pada sidang media selepas menyaksikan acara perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Universiti Kuala Lumpur cawangan British Malaysia Institute (UniKL BMI) dan Huawei pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemindahan teknologi dan pengetahuan akan berlaku terutamanya membabitkan tenaga pengajar dan pelajar TVET di Malaysia.
Ahmad Zahid berpuas hati dengan komitmen Huawei di Malaysia kerana Huawei sudah bertapak selama 23 tahun dan mereka sudah memperkenalkan beberapa teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) yang agak baharu di Malaysia.
Mengenai kerjasama selanjutnya dengan Huawei, beliau berkata organisasi berkenaan akan membuka premis baharu selain menjadikan Malaysia sebagai ibu pejabat bagi rantau Asia Pasifik.
"Melalui pusat pentadbiran baharu ini, kita dapati komitmen Huawei untuk mewujudkan kira-kira 6,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia yang terbabit dalam system 5G yang sudah diperkenalkan di China, selain ia sedang dibawa ke Malaysia," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu mengadakan lawatan rasmi ke republik berkenaan selepas menerima undangan daripada Timbalan Perdana Menteri China, Ding Xuexiang.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Huawei
#teknologi
#AI
#pengetahuan
#TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan