LARIAN jarak jauh kini menjadi cabaran yang cukup popular dalam kalangan orang-orang muda dan juga golongan pertengahan umur.
Bermula dengan jarak yang dekat, seseorang yang semakin aktif akhirnya pasti tercabar untuk berlari pada jarak yang lebih jauh.
Dan tiada jarak yang paling mencabar melainkan larian maraton.
Ramai mengetahui bahawa membina stamina untuk melakukan larian jarak jauh seperti full marathon bukanlah satu kerja yang senang.
Ia memerlukan persediaan yang cukup rapi dari segi fizikal dan mental.
RISIKO ATAU TIDAK?
Namun sejak kebelakangan ini muncuk persoalan akan kesan maraton terhadap kesihatan jantung atau risiko berdepan cardiac arrest (serangan jantung).
Kita ambil contoh seorang lelaki yang mungkin berusia pertengahan umur.
Menurut laporan dari The New York Times, larian maraton boleh meningkatkan risiko serangan jantung dalam jangka masa pendek, namun secara keseluruhannya ia juga boleh merendahkan risiko tersebut dan juga masalah jantung lain.
Ini berdasarkan daripada statistik pakar kadiologi sukan.
Secara umumnya latihan berbentuk endurance atau ketahanan merendahkan risiko untuk seseorang berdepan risiko penyakit janutng.
Ini merupakan kenyataan daripada Dr Paul D. Thompson yang merupakan profesor di Hartford Hospital, Connecticut, Amerika Syarikat.
Jelasnya lagi, melakukan senaman semata tidak mampu menghalang secara total risiko penyakit jantung.
GOLONGAN PALING TERDEDAH
Apa yang lebih menarik risiko bagi seorang pelari meningkat jika dia melakukan larian berlumba atau memecut.
Dianggarkan seorang daripada 100,000 pelari maraton berdepan dengan masalah serangan jantung.
Dan insiden risiko begini akan meningkat hampir dua kali ganda iaitu 1 dari setiap 57,000 pelari kompetitif.
Ini mungkin disebabkan faktor dalaman yang lain seperti stres dan keseronokan melampau.
Golongan lelaki pertengahan usia merupakan yang paling berisiko, ini berdasarkan data daripada sebuah kajian pada tahun 2012.
Jadi buat anda yang usia sudah hampir atau sudah memasuki pertengahan usia, berhati-hatilah ketika berlari.
Berwaspada jika mengalami simptom seperti sakit dada, sesak nafas, rasa kebas di bahagian bahu kiri atau rahang atau kepenatan melampau sebelum dan selepas melakukan larian.
Artikel asal di Maskulin
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Maskulin
Fri Aug 13 2021
Larian maraton boleh meningkatkan risiko serangan jantung dalam jangka masa pendek, namun secara keseluruhannya ia juga boleh merendahkan risiko tersebut dan juga masalah jantung lain. -Gambar hiasan
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Iran berkabung tiga hari
Iran memulakan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian Presidennya, Ebrahim Raisi yang terlibat dalam nahas helikopter pada Ahad yang turut mengorbankan Menteri Luarnya Hossein Amirabdollahian.Rakyatnya menyatakan kesedihan terhadap pemergian pemimpin mereka yang dikatakan berjasa dalam memelihara tembok keselamatan negara dari peperangan di rantau bergolak itu.
Ebrahim Raisi, Hossein Amir-Abdollahian individu penting perjuang isu Palestin
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan menteri luarnya, Hossein Amir-Abdollahian disifatkan sebagai antara individu penting dalam usaha masyarakat antarabangsa memperjuangkan isu Palestin.
Kerajaan jamin bawa pulang pegawai perubatan terkandas di Rafah
Kerajaan memberi jaminan akan membawa pulang pegawai perubatan di bawah MERCY yang terkandas di Rafah, Gaza.
Israel sekal laluan darat, situasi bertambah buruk
Sekatan Israel ke atas laluan darat melumpuhkan kemasukkan bekalan kemanusian ke Gaza dan dijangka memburukkan lagi situasi semasa di Gaza.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
KL Standard Chartered Marathon 2020 dibatalkan
Peserta yang telah mendaftar untuk acara itu tahun ini akan didaftarkan secara automatik tahun hadapan.
Dua parah dirempuh ketika sertai maraton Pulau Pinang
Kerajaan negeri tidak memberi sokongan kebenaran untuk pihak penganjur mengadakan larian berkenaan kerana beberapa dokumen berkaitan acara itu tidak lengkap.
Lebih 38,000 sertai Standard Chartered KL Marathon 2018
Standard Chartered KL Marathon kini merupakan acara larian utama di Malaysia yang menempatkan Malaysia dalam kalendar acara global.
Mekanik rempuh peserta larian Klang City International Marathon didakwa
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman.
Jambatan Pulau Pinang ditutup sementara Ahad ini
Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara selama 10 jam kepada semua kenderaan pada Ahad ini sempena acara Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2017.
Maraton Malaysia dibatalkan kerana kegagalan penganjur - Nazri
Maraton Malaysia 2017 terpaksa dibatalkan berikutan kegagalan penganjur mencapai sasaran mendaftarkan sekurang-kurangnya 5,000 peserta dari China.
KBS dicadang tubuh badan khas pantau acara larian
Ada pihak tidak bertanggungjawab menganjurkan acara larian tetapi membatalkannya pada saat akhir sebelum menghilangkan diri dan tidak mengembalikan yuran kepada peserta.
The Meow Fun Run beri ruang untuk kucing 'bermarathon' dengan tuan
Majalah Hai Meow dengan kerjasama penaja utama, Powercat, buat julung kalinya menganjurkan acara marathon seumpama itu.
Wanita berumur 64 berjaya berenang dari Cuba ke Florida
Seorang wanita berusia 64 tahun berjaya hasratnya berenang secara solo dari Havana ke Florida tanpa sangkar keselamatan.
3 rakan suspek insiden bom marathon Boston ditahan
Tiga rakan kolej suspek kejadian bom marathon di Boston dihadapkan ke mahkamah berdepan tuduhan memusnahkan bahan bukti selepas insiden itu.